Kisah itu

Ogos 19, 2006

Ketakutan untuk terus menulis

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 7:04 am

Sebenarnya pada hakikatnya saya masih takut dan gementar untuk menulis. Lebih lebih lagi jika tulisan ini dibaca oleh khalayak yang terdiri daripada generasi cerdik pandai dan berilmu. Saya adalah manusia yang kurang gemar memberi pendapat. Sama ada kurang gemar atau tiada pendapat itu pun saya kurang pasti. Dalam kebanyakan perkara saya lebih gemar mendiamkan diri dan berfikir.

Sebenarnya saya tiada isu untuk diketengahkan buat masa ini. Untuk mendapatkan sesuatu untuk dikupas adalah sangat mengambil masa(bagi saya).

Penulisan dalam blog ini adalah dalam bahasa melayu.
Alasan?? Saya lebih gemar berbahasa melayu.
‘Saya berbunyi seperti orang bodoh jika saya berbahasa Inggeris’

2 Komen »

  1. Jangan takut untuk menulis.๐Ÿ˜€
    Lebih lebih lagi jika tulisan ini dibaca oleh khalayak yang terdiri daripada generasi cerdik pandai dan berilmu. Kan ke baik tu? Dapat orang lain nak menegur..๐Ÿ˜€

    Dipetik dari http://aljabal.blogspot.com
    Entry (Thursday, April 7)

    Mencela Diri

    Islam itu syumul. Segala sudut penjuru hidup manusia telah Islam sediakan sebaik-baik cara utk melakukannya e.g. adab-adab, kaedah dan sebagainya. Seperti tajuk di atas, dlm mencela diri pun ada adab-adab yg telah Islam gariskan. Mencela diri, camne tu? Contohnya camni…

    “…aku ni bukannya baik sgt…”
    “…apalah sgt kelebihan aku ni, satu habuk pun tak reti. Habuk pun lg terer dr aku…”

    …dan sebagainya.

    Pada asalnya di dalam islam, seorang muslim itu tidak dibenarkan mencela diri sendiri. Di sini penulis ingin membawakan tiga sebab kenapa seseorang itu mencela diri:

    1) Mengelakkan diri drp tanggungjawab yg diberikan.
    – sebenarnya, orang memberikan tanggungjawab kpd kita kerana mereka tahu kemampuan kita. Malah mungkin lebih tahu drp kita sendiri. Manakan kita nampak batang hidung sendiri.

    2) Memuji diri secara halus.
    – insyaAllah yg ni boleh faham sendiri๐Ÿ˜‰

    3) Ditipu syaitan
    – syaitan menipu kita utk tolak tanggungjawab yg diberikan kpd kita mungkin boleh menyebabkan; satu, kita tak dapat pahala bila kita pikul tanggungjawab tu…dan dua, kalau tanggungjawab tu diberikan kpd orang lain ia tidak dapat dilaksanakan sebaik mana kita yg laksanakan tugas tu.

    Kalau macam tu, memang tak boleh langsung cela diri la ye?
    Pada asalnya begitulah. Tapi, hanya ada satu kondisi yg membolehkan kita mencela diri -iaitu ketika bersendirian dihadapan Rabbul ‘Alamin menangisi dosa-dosa yg telah dilakukan.

    ****

    Sikap mencela diri ni semahunya kita jauhi. Kerana ia akan membawa implikasi yg pelbagai. Di sini penulis ingin membawa satu contoh. Katakan kita diminta utk memberi tugasan yg perlu dilakukan, tetapi kita menolak, dan cuba berdalih sana-sini, dan mungkin kita (secara sedar atau tak) kita mencela diri; mengatakan kita tak layak dan sebagainya. Padahal orang yg memberi tugasan tu telah consider option2 lain (i.e. orang lain utk ambil tugas tadi -rujuk (1)).

    Di sini akan berlaku pembaziran masa dan implikasi yg lebih besar lagi adalah ia akan menjejaskan tugasan tersebut. Kenapa? Kerana masa hanya akan dihabiskan utk memujuk kita melaksanakan tugas tersebut berbanding kita bebincang tentang BAGAIMANA sepatutnya kita menjalankannya. Persoalannya adalah “Bagaimana cara terbaik aku lakukan tugas ni?” dan bukannya “Kenapa aku?”.

    Wallahu’alam.

    Komen oleh quote — Ogos 20, 2006 @ 1:35 am

  2. huh
    komen lagi panjang dari entri
    ‘menarik’

    Komen oleh Anonymous — Ogos 20, 2006 @ 1:42 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: