Kisah itu

Ogos 25, 2006

Singgah untuk kehidupan

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 8:33 am

KISAH AKU DAN BURGER

Satu malam yang gelap, kelibat cahaya berkedip kedip, sinar neon samar samar, aku memandu di dalam kelaparan. Ah, sungguh ku merasa lapar yang amat. Perut seolah olah memalukan gendang yang membebaskan bunyi yang sunggguh mengharukan. Aku tekad, mahu mencari makanan. Aku mahu menjamah makanan kegemaran ku tatkala ini. Aku berazam membalas dendam kepada perutku. Mungkin kerana tiada kerja maka perutku ini ada masa untuk menyanyi. Nah, selepas aku dapat menyantap BURGER KING kegemaranku pasti perut ini bertungkus lumus memproses ketulan ketulan daging, roti dan sayuran menjadi protein, glukose(lupa segala gala tentang biologi!) dan juga tahi. Oh! kelihatan meter minyakku menjunam ke paras yang merbahaya. ‘Hai, minyak ni pun satu, time aku lapar time ni la ko nak mintak top up’ monolog dalaman mengambil tempat seketika. Memikirkan situasi kewangan semasa menambahkan lagi haru suasana. Duit ada sepuluh ringgit, menikmati burger king memerlukan sekurang kurangnya sebanyak itu. Sudah dua stesen minyak telah aku tinggalkan tanpa mampu membuat keputusan. Aduhai, perut ini lapar amat…Aku mahu hanya burger king saja. Aku nekad. Melewati jalan yang gelap, aku yakin aku akan menemui burger king idaman ku itu.Satu lagi stesen minyak aku abaikan demi menikmati encik burger itu. Malang …. Kereta tidak mampu bergerak lagi. Bahan apinya sudah kehabisan…Maka bersendirianlah aku di jalanan gelap. Namun, bara keinginan menikmati burger king masih bernyala. Aku nekad, membiarkan kereta(kereta pinjam) demi mencari burger king itu..Hampir dua kilometer masih tidak berjumpa. Perut yang amat lapar memaksa aku pulang ke kereta, tiba tiba teringat ada sebungkus snickers yang belum dimakan. Setibanya aku di kereta, terkejut sungguh!!Kereta sudah tiada….

-TAMAT-

Cerita ini hanya rekaan. Watak aku dalam cerita di atas tiada kaitan dengan penulis. Penulis bukanlah ‘aku’ dalam cerita ini kerana penulis tidak terlalu gilakan burger sehingga sanggup mengabaikan keperluan minyak kereta.Namun begitu, serba sedikit inti dari cerita ini adalah berkisarkan latar pengalaman penulis.

Kadang kadang manusia tersalah memilih keutamaan dalam hidup. Apa yang utama dihalangi oleh tabir nafsu. Seperti mana apa yang pernah berlaku kepada saya. Sungguh sukar bagi saya melawan kehendak hati yang sentiasa mahukan ‘dia’ menjadi teman hati. Seolah olah tanpanya saya akan mati. Seolah olah tanpanya saya akan kebuluran di muka bumi ini. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kesedaran sebelum saya kehilangan kehidupan saya sendiri. Kehidupan dalam cerita tadi saya simbolkan sebagai sebuah kereta. Saya terlupa kehidupan ini tidak berada hanya dalam ruang lingkup seorang makhluk(burger king). Kehidupan ini luas. Kehidupan ini ada perjuangan yang lebih utama dari mengejar sekadar ‘makanan’. Memang makanan sangat penting bagi manusia. Tetapi jiwa kadang kadang berlebihan dengan ‘makanan’ itu sendiri. Jiwa diisi hanya dengan ‘makanan’ yang akhirnya berubah menjadi ‘tahi’. Sesungguhnya kehidupan memerlukan satu injeksi yang mampu ‘menghidupkan’ kehidupan kita. Itulah dia pegangan agama dan kepercayaan kepada ketentuan Allah. Singgahlah mengadu kepada Allah . Kadang-kadang kita putus harap kepada teman wanita, putus harap kepada sponsor, putus harap kepada usaha kita, putus harap kepada wang ringgit. Tapi adakah kita pernah berharap kepada Allah?? Adakah kita sekali kali akan berputus harap pada Allah?? Tidak sama sekali, kerana Allah tidak pernah menghampakan hambaNya. Allahlah sumber segalanya, makanan, wang ringgit, kebahagiaan, semua dari Allah. Asalkan mempunyai pegangan dan keyakinan iman yang sahih nescaya harapan kita tidak akan dikecewakan. Bahkan ada antara kita yang tidak pernah langsung berharap kepada Allah. Aduhai…

Bagi mereka yang hanyut dalam percintaan. Sedarlah cinta manusia hanya sementara. Jika terkecewa, kesannya amat dalam dan mampu membunuh sebuah kehidupan. Bersegeralah melupakan peristiwa silam kerana hanya mengingati silam yang pedih akan membawa juga kepada penghujung yang pedih. Jangan nanti ‘kereta’ yang dipinjamkan hilang dan kita akan dipersoalkan atas kehilangan ‘kereta’itu

Saya berkeinginan untuk menulis dengan lebih panjang, tetapi penulisan ini adalah untuk semua dan saya tidak mahu perasan sendiri dengan menganggap bahan bacaan ini berkualiti sehingga pembaca sanggup menyudahkan entri ini. Tanpa pembaca siapalah penulis.

Sekali lagi ditekankan penulis sekadar berkongsi pengalaman dari kehidupan penulis sendiri.

2 Komen »

  1. nice analogy

    Komen oleh quote — Ogos 25, 2006 @ 3:45 pm

  2. yerpss…finally~~

    congratZZZ!!!!

    Komen oleh Anonymous — Ogos 29, 2006 @ 11:42 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: