Kisah itu

September 2, 2006

Salah siapa? Menteri kot….

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 6:02 am
contoh assignment yang telah siap

Cuti musim bunga hampir tamat. Cerita assignment dan report baru bermula. Masih ada 3 lagi assignment yang belum disentuh. Baru sahaja menyiapkan dua formal report. Nampaknya terpaksalah berjaga untuk dua hari ini(Ahad dan Isnin).Kemudian berjaga lagi(Rabu). Rasa-rasa macam dah menyusun gerak kerja untuk cuti kali ni, Tapi masih juga ada timbunan kerja yang belum disiapkan. Aduhai apakan daya,manusia mampu merancang tuhan jugalah yang menentukan. Maka inilah masanya untuk menuding jari pada situasi. HAhahA. Siapa yang bersalah sebenarnya sehingga saya tidak dapat menyiapkan timbunan kerja ini?
Orang pertama yang saya nak tuduh ialah pak menteri. Hari Ahad ini Menteri Pengajian Tinggi Malaysia akan melawat bumi bertuah Christchurh ini. Maka saya dengan rela hati dan tanpa dipaksa bersetuju mahu menyertai persembahan pantomim. Pada asalnya berat rasa hati mahu menjadikan diri sendiri sibuk sedangkan dalam keadaan sebenar kerja sebenarnya sangatlah banyak.(Banyak ke sampai boleh blogging ni?ade je mase.. Ah,aku da bosan dengan report,nak menulis dalam bahasa melayu pulak). Tapi melihatkan keadaan, terpaksalah juga menyertai atas sebab sebab tertentu(terlalu peribadi untuk diceritakan,hehe). Sebenarnya saya telah menjadikan minggu terakhir cuti ini sebagai minggu menyiapkan segala kerja. Namun kehadiran menteri ini telah menyebabkan saya kehilangan arah dan hala tuju. Kehidupan jadi tidak menentu,haru biru,emosi terganggu hariku kelabu(unsur hiperbola)…
Saya menyalahkan menteri ini bukanlah kerana saya penyokong parti pembangkang,jua bukan kerana isu kabinet half past six with no guts mahupun apa-apalah yang berkaitan politik. Tetapi kerana kehadirannya menyebabkan saya sudah hilang rentak untuk menyiapkan kerja.

Siapa lagi agaknya yang bersalah?
Pensyarah la sapa lagi kan? Siapa suruh kasi assignment banyak-banyak. Kasi la sikit-sikit, bertimbangla rasa sikit ye tak?

Pesalah seterusnya adalah semua yang tengah membaca blog ni. “Amboi,sedapnya mulut awak berkata!” rintih pembaca blog(mereka tidak bersalahkah? mereka? kamulah yang tengah membaca!!)
Kamu bersalah kerana masih membuang masa membaca entri yang tidak berguna ini. Baik kamu semua memberikan masa kamu kepada saya atau paling tidak menyiapkan assignment bagi pihak saya. Nescaya saya tidak akan gundah lagi.

Ah,memang mudah mahu menuding jari.Memang mudah menyalahkan sesiapa sahaja yang kita mahu. Kita mudah menjadi tidak rasional dan menyalahkan sesiapa sahaja yang kita rasa ada kaitan dengan permasalah yang kita lalui. Sebenarnya yang menyebabkan peristiwa ini berlaku, yang menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan kerja adalah diri saya sendiri. Sayalah yang berfikiran bahawa saya mampu menyiapkan segala kerja dalam tempoh seminggu terakhir cuti ini. Sayalah yang selalu berada di depan komputer berblogging dengan gembira sambil tersenyum. Sayalah yang tidak disiplin dalam penjadualan saya.

Cerita ringkas ini ada banyak perkaitan dengan kehidupan kita. Wajarkah saya menyalahkan pak menteri tadi.Atau kamu?. Mungkin ada kewajarannya(haha,ingat dah insaf). Tapi penyumbang utama kesalahan ini adalah diri saya sendiri. Ingatlah kita akan dipersoalkan atas apa yang kita telah lakukan.

[cerita sampingan:kalau orang melayu lewat nak ke apa apa majlis, maka yang dipersalahkan adalah orang melayu yang lain. Tak percaya?buktinya kalau ada yang lewat pasti akan terkeluar frasa ini”alah biasalah janji melayu”.Huh,orang melayu lain yang takde kaitan pun ko nak salahkan ke..hehe]

Aduhla, malam ini ada rehearsal terakhir. Kena bergerak sebentar lagi. Malam ini akan berjaga untuk assignment yang seterusnya..Mungkinkah akan glading?

P.s:Penulis meminta maaf kepada Pak menteri.pensyarah dan pembaca atas keterlanjuran kata tadi. Tapi pak menteri, lain kali datanglah lepas saya dah siapkan kerja ya..

3 Komen »

  1. yo.. nasib baik i din ask u Q time tepon td.. klu tidak, sedey dipersalahkan.. dun worry bro.. bukan smua nk anta senin.. n heat transfer 5% jerk.. insyaAllah.. i believed in u.. muahahahaha.. berusahalah.. nti kite tangguk sesame kite yer -ira-

    Komen oleh Anonymous — September 2, 2006 @ 11:17 am

  2. salah aku..aku x ajak maen bola laa camnie haha

    Komen oleh Anonymous — September 2, 2006 @ 6:04 pm

  3. eih korang janganla rasa bersalah.Kan aku da cakap korang tak salah,Yang salah adalah menteri,eh silap, aku yang salah

    Komen oleh Anas — September 3, 2006 @ 12:57 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: