Kisah itu

September 5, 2006

Buat aku tersenyum

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 6:20 am
Senyum!!

Makan malam dengan Dato’ Mustapa Ahad yang lalu telah membuatkan saya tersenyum sendiri. Mungkin 13 haribulan 9 nanti saya akan lebih tersenyum..mungkin..Kehadiran beliau disambut dengan begitu hangat hinggakan mahu mencapai takat didih bagi manusia dan melebihi kehangatan hangat-hangat tahi ayam. Bagi saya kehadiran beliau saya terima sekadar lawatan yang biasa sahaja tetapi kehadiran beliau masih mampu buat saya tersenyum. Kenapa ya?

1. Pengumuman kenaikan biasiswa..
Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya pihak penaja bersetuju menaikkan biasiswa pelajar di oceania ini. Harap-harap sahabat-sahabat yang lain senang dengan berita ini(sahabat u.k dan u.s). Jangankan kerana kesenangan orang lain kita merasa susah dan berusaha pula untuk mencadangkan agar kenaikan ini dikaji semula. Begitulah juga dengan hidangan makan harian yang kami dapat sebelum ini(tahun depan dah tak dapat,puas hati??). Apa-apapun syukur ya.

2. Ucapan Pak Menteri
Saya tak berniat mahu menyentuh isu ‘panas’ politik tetapi ucapan dari pak menteri benar-benar menggelikan hati saya dan membuktikan beberapa perkara yang selama ini saya dengar dan ikuti dari blogger-blogger yang digelar sebagai ‘penembak curi’ itu.
Beliau bermula dengan isu-isu pendidikan dan pada pengakhiran ucapannya mula berbicara soal politik semasa. Benarlah kata Tun Mahathir bahawa kebanyakan ahli kabinet sekarang hanya menyokong individu bukannya menyokong kepimpinan individu terbabit. Maka nama PM telah cuba dibersihkan sebersih bersihnya pada malam itu. Walhal saya rasakan tindakan beliau membersihkan itu sebenarnya lebih menonjolkan kepincangan ‘Mr Clean’ itu sendiri. Aduhai politik,benar-benar menggelikan hati.
Baru-baru ini encik bersih kantoi menipu..hehe

3. Sesi soal jawab bersama pak menteri
Saya tertarik dengan soalan yang ditujukan oleh saudari Azalea berkaitan dengan hiburan di Malaysia. Dia mempersoalkan kedudukan hiburan yang seolah olah menjadi prioriti rakyat Malaysia tatkala ini(mungkin lebih tepat orang melayu).Perkahwinan dato’ K dan Siti nurhaliza dan juga putusnya tunang Mawi dan Ina mendapat rating yang sungguh menakjubkan. Apakah peranan kerajaan dalam hal ini? Maka saya simpulkan dalam hal ini bahawa kerajaan berperanan menggalakkan hiburan segalak galaknya. Pak menteri cuba menuding jari kepada media massa. Tapi siapa yang berkuasa mengawal media ya?
Haha(saya tersenyum lagi)

Hiburan adalah dadah yang amat berkesan. Hiburan mampu mengalihkan tumpuan manusia dari perkara yang lebih penting dan utama. Banyak contoh yang boleh kita ekstrak dari kehidupan seharian kita. Isu palestin dahulu pernah dikabui dengan Piala Dunia. Perang di Lebanon diatasi oleh akademi fantasia. Contoh terbaru, Menteri Besar N.S menawarkan masuk percuma kepada penyokong-penyokong pasukan bola sepak N.S Naza sedangkan pada hari itu Tun Mahathir akan turun ke Negeri Sembilan dengan misi ucapan terbukanya(dengan harapan tiada siapa akan melayan kokokan Tun Mahathir agaknya)pautan. Hiburan ini menjadi senjata pihak pemerintah untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu yang lebih besar dan utama. Maka tidak hairanlah hiburan disuap-suap dengan galaknya kepada rakyat yang sememangnya lapar dengan makanan yang menenangkan jiwa. Dimanakah lagi mahu dicari ketenangan andai ketenangan dari keimanan tidak diberi penekanan lagi??

[sambungan]
4. Makanan yang lazat dan enak
Terima kasih kepada yang terlibat dalam urusan penyediaan makanan. Ia sangat lazat sekali. Lebih pun banyak,maka dapatlah menapau dengan sesuka hati.
5. Assignment yang tidak siap lagi
Bayangan assignment sering bermain di minda sepanjang majlis berlangsung. Saya tersenyum kerana saya mampu tersenyum sedangkan banyak lagi yang harus disiapkan.hehe. Progress sekarang satu lagi assignment tinggal dan satu test telah ditunda ke minggu hadapan(benar, dalam kesusahan itu ada kesenangan,Alhamdulillah)

Saya rasa perkara-perkara inilah yang membuatkan saya tersenyum pada malam itu. Semua yang ditulis adalah pandangan peribadi dan saya percaya ia tidak 100% tepat. Saya meminta maaf jika ulasan ini ada berbau politik dan menyentuh perasaan para penyokong fanatik kerajaan tetapi percayalah pengalaman mendengar sendiri ucapan dari pak menteri benar-benar membuatkan saya geli hati dan tersenyum(juga cadangan penubuhan kelab UMNO).

P.s:Jangan lupa ya kawan-kawan. Yusuf Estes akan ke Christchurch tidak lama lagi..Maka sambutlah dia sebagaimana kita sambut pak menteri ya(sesetengah orang akan mempersoalkan ini, tetapi bagi saya kehadiran Yusuf Estes lebih bermakna buat saya)
Quote:Tak wajib betul,tapi harus salah

2 Komen »

  1. there is no truth except the truth

    Komen oleh quote — September 6, 2006 @ 4:45 am

  2. pasti

    Komen oleh Anas — September 8, 2006 @ 8:50 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: