Kisah itu

September 8, 2006

Buat aku tersenyum (2)

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 5:23 am

Entri ini bukanlah sambungan entri yang sebelumnya. Entri ini sekadar mencoretkan perkara pada minggu ini yang melembutkan/memudahkan/menggalakkan bibir ini supaya tersenyum(saya sangat serius). Tidak kiralah senyuman ikhlas atau sinis atau terpaksa semua saya akan tuliskan dalam entri kali ini.

1. Kepuasan menyiapkan assignment
Assignment yang harus dihantar pada minggu ini telahpun selamat tiba kepada pemberi markah assignment. Terima kasih kepada encik razwi kerana sudi menjadi rakan kongsi dalam usaha menyiapkan assignment MAtlab kerana sesungguhnya saya sangat tiada idea mahupun ilham dalam menghasilkan kod-kod Jacobian mahupun kod-kod Newton. Ketika baru sehari lega dengan assignment maka hari ini saya telahpun mendapat dua assignment baru. Dan sekali lagi saya tersenyum…

2. Kenaikan yang ada turunnya
Begitulah prinsip keabadian tenaga. Jika ada tenaga yang naik pasti ada tenaga yang turun. Jika tenaga potensi turun(potential energy) maka tenaga kinetik akan menjadi naik. Begitulah juga dengan biasiswa. Dalam entri lepas saya tersenyum kerana biasisw a dinaikkan.(buat ape nak senyum lagi ni,ape cer wei?) Kali ini saya tersenyum lagi kerana baru sekarang saya tahu hukum keabadian tenaga juga diikuti oleh hukum menaikkan biasiswa. Saya tidak mahu menjelaskan lebih lanjut kerana hal ini kontroversi dan mungkin mengakibatkan tajaan ke atas saya ditarik balik(itulah kelemahan saya setakat ini). Apa yang boleh saya katakan kenaikan ini hanyalah pada nama. Walaubagaimanapun saya tetap boleh tersenyum lagi…(saya dah cakap kalau senyum sinis pun masuk jugak dalam entri ni kan??). Bersyukurlah ..

3. Tangisan datuk Joe
Siapakah datuk Joe ini? Datuk joe ini merupakan Ketua UMNO bahagian kubang pasu yang telah menitiskan airmatanya kerana merayu agar Tun Mahathir melepaskan hasratnya menjadi perwakilan ke Perhimpunan agung Umno November ini.pautan. Bagai telah mati akal dek kerana kedegilan Mahathir maka dia telah menitiskan air matanya dengan hasrat Tun Mahathir akan bersimpati dan mengerti akan niat ‘ikhlasnya’ menghalang Tun Mahathir dari mewakili bahagiannya ke persidangan itu nanti. Banyak perkara yang melucukan apabila memerhatikan sandiwara dalam politik negara kita ini. Aduhai,mereka berkata martabat Tun Mahathir akan jatuh sekiranya sekadar menjadi perwakilan nanti, bukankah beliau adalah negarawan yang ulung?Kenapa harus menjadi perwakilan pula? .Apa apalah. Bagi Tun, beliau sendiri tidak kisah menjadi perwakilan nanti. Malah beliau terus berpendirian tegas dan mencabar ahli UMNO sekiranya mereka di pihak yang benar maka mereka tidak perlu takut akan kehadiran beliau nanti. Salahkah anggota polis yang bersara menjalankan tugasnya menangkap penjenayah sekiranya penjenayah itu memasuki rumahnya? Adakah bekas anggota polis itu menjatuhkan martabatnya dengan masih menjaga keselamatannya walaupun tidak berpakaian seragam polis? Begitulah situasi Tun yang melihat rumahnya(negaranya) yang berada dalam situasi yang goyah ini. Tun hanyalah pesara politik yang selamanya bekerja atas nama politik. Sesungguhnya tiada istilah bersara bagi sesiapa yang dalam perjuangan. Saya bukanlah ahli komentar politik tetapi saya merasakan bahawa keadaan ini benar-benar menarik untuk dibincangkan. Kenapa Umno benar-benar gelisah dengan usaha Tun ke perhimpunan Agung nanti?

4. Bunga yang cantik
Kehadiran spring menghadiahkan pemandangan yang cantik di sekitar universiti. Subhanallah. Benar-benar menyejukkan hati yang sentiasa panas dengan ketidakpuashatian dan kebencian. haha.”takdelah gurau je”.


Pemandangan bunga -bunga
Oh bunga-bunga jalanan
Segar kau mekar
Bagai melempar senyum buatku
Lantas ku sambut senyummu
Dengan memuji penciptamu

Aduhai bunga-bunga jalanan
Kau mekar berwaktu
Kau bakal tinggalkanku
Tapi kau akan muncul lagi
Dengan izin penciptaku

Bunga-bunga jalanan
Kau ukir senyumku
Dengan indah putikmu
Kau sulam hariku
Dengan lembaran indahmu

5. Khutbah jumaat
Saya sempat tersenyum kerana pak khatib hari ini(iqbal) ada menyebutkan bahawa sehari sebelum ramadhan Nabi S.A.W melarang umatnya dari berpuasa. Larangan itu tiada kaitan langsung dengan alasan supaya kita boleh makan sepuas puas hati sebelum masuknya bulan berpuasa(sebab sebenar saya dah lupa,siapa yang ingat tolong perjelaskan ya,khususnya saudara Iqbal atau abang burungkiwi). Saya tersenyum kerana dahulu saya sering berfikiran begitu. Umpama menikmati makanan buat kali terakhir la kononnya. (haha, saya tersenyum lagi apabila melihat bijan/syahrul hizan juga tersenyum sama,(adakah dia berfikiran begitu juga?haha). Bulan puasa hampir tiba, bulan bonus bagi umat Islam.,moga moga saya sempat memanfaatkan bulan itu…

Jadi inilah perkara yang membuatkan saya tersenyum pada kali ini. Segala pandangan adalah pandangan peribadi dan tidak berniat melukakan hati sesiapa sahaja yang singgah di sini.

P:S, sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan untuk ceramah Yusuf Estes nanti boleh hubungi hanafee,saya,aiman,iqbal atau terus kepada saudara Abdul Kader melalui emel beliau iaitu colourcopying@yahoo.com

3 Komen »

  1. coz hadith yg Rasulullah berikan pd sorg laki(imran ibn husayn) tue coz laki tue always puase n the other reason is bcoz die dh buat vow. bg yg x biase puase slalu in other months selain ramadhan, mengikut kebykan scholars adalah makruh berpuase 2-3 hari before ramadhan (akhir syaaban). minta maaf kalo ade salah penjelasan.

    Komen oleh awan_biru — September 8, 2006 @ 2:26 pm

  2. I like your policeman analogy of Tun M. Sangat logikal, masuk akal… =D

    Komen oleh neng_fused — September 9, 2006 @ 3:34 pm

  3. thanx awan biru..
    thanx juga kepada neng

    Komen oleh Anas — September 10, 2006 @ 2:48 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: