Kisah itu

September 9, 2006

Buat aku susah untuk tersenyum

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 1:47 pm

Entri ini ditulis dengan penuh ketidapuashatian bersama rasa kecewa dipalit sebuah realiti. Perasaan seperti ini menyukarkan saya untuk tersenyum. Walaupun senyum itu merupakan senyuman yang terpaksa, masih tidak mampu saya ukirkan. Sebabnya?

1. Kekalahan Tun Mahathir sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno

[saya tidak berminat untuk ulas]

2. Keserian New Zealand dengan Pakistan dalam pertemuan mereka baru-baru ini.
Saya masih berdendam dengan pasukan stik hitam ini kerana merekalah yang mengalahkan Malaysia dalam pusingan kelayakan ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2006. Saya mengharapkan Pakistan mampu membenam mereka setelah kepercayaan yang diberikan kepada Argentina gagal dilunaskan dengan baik[Argentina tewas 0-3].

3. Saya dah mengantuk
Saya sangat mengantuk dan mahu tidur. Sukar nak tersenyum bila mengantuk. Tambahan pula saya diserang penyakit selesema dan batuk berkahak.

Entri ini bolehlah dikategorikan sebagai entri spam kerana saya tidak bersedia untuk mencurahkan sesuatu yang lebih terancang. Entri ini ditulis sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Saya mahu tidur bersama perancangan untuk esok dalam ingatan. Saya mahu bangun bersama apa yang telah dirancangkan dalam perbuatan. Saya mahu tidur esoknya bersama perbuatan seperti di dalam perancangan…

Selamat malam semua

[abaikan tulisan saya yang di atas]
Sebenarnya saya menulis malam ini adalah kerana saya tidak puas hati dengan kekalahan Tun Mahathir dan reaksi yang diberikan oleh datuk Joe selepas itu. Saya rasa lakonan Joe ini cukup murahan dan cukup memalukan. [Ini sahaja yang hendak saya tulis sebenarnya, tiada kaitan dengan pasukan hoki stik hitam mahupun selesema. Bukankah sakit itu kifarah dosa? Alhamdulillah..Cuma saya betul-betul mengantuk sekarang]

Selamat malam semua[kecuali datuk Joe, Osman Arof, Saad Man dan sebagainya]

3 Komen »

  1. aku menjadi pembaca setia blog ini sjk diperkenalkan oleh seorg rakan..
    tp sejak blog ini dimasukkan unsur2 politik..tmbh2 lg si tun yg aku kurg gemar..aku mnjd kurg gemar utk sentiasa mnjd pembaca setia blog ini..
    [msia politicians suck]

    Komen oleh Anonymous — September 10, 2006 @ 2:25 pm

  2. hehe.. anyway, nas.. dikhabarkan osman arof dan mahathir duduk berganding bahu sebelum mahathir beredar dari dewan pukul 2 ptg.. erm.. pandai betul bermain muka.. :p

    Komen oleh sangkuriang — September 11, 2006 @ 6:44 pm

  3. dalam politik mesti tebalkan muka..haha

    Komen oleh Anas — September 12, 2006 @ 9:39 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: