Kisah itu

September 12, 2006

Tujuan blog ini Buat aku tersenyum kembali

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 5:52 am

Saya tidak dapat menahan keinginan tangan ini untuk menaip di dalam blog ini. Tangan saya benar benar mahukan senaman dengan mendesak saya agar menulis walaupun saya akan menghadapi ujian pada keesokan harinya. Ujian itu adalah ujian dinamik haba atau termodynamic. Banyak idea-idea yang tiba-tiba datang bagaikan lalat yang mengerumuni sampah busuk(perumpaan ini tiada kaitan langsung dengan idea saya sebagai lalat dan saya sebagai sampah busuk, saya cuma mahu mencipta perumpaan baru).

Perkara pertama yang saya ingin tulis dalam entri kali ini adalah berkaitan dengan tujuan atau objektif blog ini. Saya sedar bahawa dalam dua tiga entri yang lepas saya ada menyentuh tentang isu-isu politik. Saya berada di dalam dilema juga ketika mahu mencetak entri-entri seperti itu. Hal ini bukanlah kerana saya takut akan tanggapan pembaca bahawa saya pro kepada orang ini dan orang itu atau pun saya takut dipantau oleh pihak kerajaan. Tidak! Setegas-tegasnya saya katakan tidak!(bayangkan nada tegas penulis. Simbol ‘!’ adalah tanda tegas dan penuh serius,manakala tanda ‘i’ bukanlah inverse kepada ‘!‘ atau tanda tidak tegas dan tidak serius, tetapi adalah sejenis huruf, iaitu huruf i (disebut sebagai ‘ai’).

Saya teringat di kala saya mula-mula berkecimpung di dalam blog ini(4 bulan yang lalu), di dalam entri pertama saya yang bertajuk ‘menulis sekadar bercerita’ saya ada menegaskan bahawa blog ini tidak akan memberikan ruang kepada perkara berkaitan ilmiah, tarbiyah dan juga politik.Tidak percaya? Percayalah …

‘Blog ini bukan blog ilmiah, jua bukan blog politik, jua bukan blog tarbiyah, tapi sekadar coretan rasa yang dirasakan patut dikongsi agar kegembiraan dan kesedihan dapat dijadikan iktibar buat khalayak.’

Jadi kenapakah saya menggatalkan tangan saya dengan menulis perihal politik?
[nota: penulis tidak bermaksud mahu memberi penjelasan kepada komen dari ‘anonymous dalam entri ‘buat aku susah untuk tersenyum’ tetapi penulis telah lama terfikir akan hal ini, cuma komen itu yang memberi sedikit keadaan yang mendesak kepada penulis untuk menulis tulisan ini.]

1. Jika diperhatikan arah blog ini bermula daripada kelahirannya sehingga sekarang, bentuk-bentuk tertentu akan dapat dikesan. Dan percayalah, bentuk bentuk itu adalah terbentuk daripada naluri hati sendiri. Ada satu tempoh di mana entri-entri saya kesemuanya berbentuk ‘bentuk hati’ yang sungguh sayu dan meloyakan. Saya akui saya tulis semua itu agar si dia membaca blog saya(walaupun dia tidak pernah tahu saya ada blog ini) dan bersimpati atas penderitaan saya ketika itu. Maka kebanyakan entri saya adalah bercirikan cinta dan perasaan(penulis percaya ramai yang geli dan mahu muntah,peduli apa jika ini kebenaran!). Dan ada tempoh yang saya coretkan bibit-bibit kebangkitan saya dari lamunan mimpi-mimpi ini(jangan lupa tajuk blog ini ya,Kejutkan Tidurku. Ke sepatutnye panjangkan lagi tajuk blog ini kepada ‘Kejutkan Tidurku dari Mimpi Buruk tetapi Jika Mimpi Indah Usahla Kejutkan.)

Maka kenapa politik?

2. Berdasarkan tajuk blog lagi, saya terkejut dengan perkembangan politik masa kini yang saya kira sudah cukup untuk memberi ruang untuk saya mengulas terhadap apa yang berlaku. Politik semasa saya kira adalah sangat penting untuk kita ikuti dan ekori. Janganlah menjadi golongan orang yang hanya mengangguk dan menyetujui akan sebarang keputusan yang diluluskan oleh kerajaan. Percayalah, kerajaan juga ada silapnya kerana mereka diterajui oleh manusia dan manusia wajib melakukan kesalahan. Walaubagaimanapun, saya tidak akan mengutamakan politik dalam penulisan saya. Saya sekadar sentuh sikit-sikit atau cuit bahagian mana yang patut dikongsi untuk menggalakkan rakan-rakan saya mengikutinya sekali. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.

Jadi kenapa Mahathir?

3. Saya bukanlah penyanjung individu tertentu dan saya bukanlah penyokong fanatik bagi seseorang individu mahu pun pergerakan. Saya cuba menanam sikap melihat kebenaran dan keburukan itu sebagai satu entiti yang berbeza dari individu. Ini bermakna, saya tidak menyukai individu itu secara membuta-tuli atau memekak-muki tetapi adalah berdasarkan pegangan dan asas yang dibawa. Saya tidak menyanjung Mahathir selama ini. Sungguh saya tidak. Bahkan Najib pun tidak, Anwar pun tidak, Nik Aziz pun tidak, siapa-siapa lagilah yang berkaitan dengan arena politik tanah air. Saya cuma menghormati pendirian dan pegangan mereka. Saya bersetuju dengan tindakan Mahathir yang mahu memperbetulkan kesalahan dan kelemahan kerajaan tatkala ini dan saya mengagumi kegigihannya dan ketegasannya yang sanggup bersusah dan berpayah walaupun boleh bersenang lenang di rumah bersama anak cucu. Saya tidaklah mahu menutup mata atas kesilapan Mahathir selama 22 tahun pentadbirannya, tetapi jika kita terus menyimpan dendam, maka sebarang kekusutan saya percaya tidaklah akan terlerai melainkan ia akan bertambah kusut lagi. Ini bermakna kerajaan sekarang silap dan kusut. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab. Lain padang lain belalang, orang tak tanya yang tu lah bangang!(saya tidak emosi,cuma tegas, perhatikan lagi simbol ! yang penulis gunakan)

[Sebentar tadi saya berhenti menulis sebentar kerana ada latihan nasyid sempena ceramah Yusuf Estes nanti. Jika ada kecelaruan atau ketidakselarian dalam penulisan saya maka terimalah seadanya]

[Dalam menjawab soalan kita harus menjawab terus kepada soalan, bukan memutar belit dan mengembalikan soalan kepada penyoalnya pula!. Kalau saya tanya kenapa anda busuk, janganlah anda menunjukkan orang lain yang lebih busuk dari anda, tetapi jawablah apa yang menyebabkan anda busuk]

4. Penulisan saya sekadar mahu memberitahu dan bercerita tentang perkara yang saya rasakan berkaitan dengan hidup saya. Bermulanya saya menyentuh tentang politik adalah kerana kehadiran pak menteri tempoh hari lalu. Saya sebenarnya tidaklah berniat asalnya untuk menulis begitu, tetapi apa nak buat, perkara itu benar-benar membuat saya tersenyum. Alang-alang telah sentuh, maka saya seluk dalam dalam lagi. Momentum itu saya bawa sehinggalah kepada isu Tun di Kubang Pasu. Mungkin selepas ini saya tidak akan sentuh lagi perkara politik.(mungkin). Saya rasakan begitu kerana sudah berlambak blog yang menyentuh hal ini dan saya rasa rendah diri dan saya tidak mahu mencemar dunia blog politik ini dengan ilmu saya yang rendah dan pemikiran yang tidak kritis.

Maka itulah sebab-sebab yang menyebabkan tulisan saya dalam entri-entri yang terdahulu agak condong kepada politik.
Tujuan saya menulis blog ini membuatkan saya tersenyum kembali. Saya menulis bukan kerana populariti. Bukan mengharapkan pujian. Bukan mengharapkan cacian. Tetapi saya mengharapkan pembaca. Tanpa pembaca siapalah penulis. Tanpa penulis tiadalah pembaca. Dua entiti ini adalah saling melengkapi.

‘U cant plant a mango seed and hoping for an apple tree’-meminjam kata-kata Al-Maududi

Saya rasa sudah cukup rasanya saya membebel di alam siber ini. Saya mahu mengulangkaji untuk ujian esok hari. Doakan saya ya..

P.s; Kepada orang christchurch: jangan lupa ya esok, Yusuf Estes dan ceramahnya. Ajaklah rakan-rakan anda yang lain turut sama..
Harap-harap Ian Gilmour akan turut serta,hehe

4 Komen »

  1. peribahasa ko mmg mantap nas!!
    jumpe esok mase ceramah..
    mari ramai2 penuhkan majlis!!

    Komen oleh mohd azmir — September 12, 2006 @ 11:43 am

  2. wow! i’ve never actually read a blog in full bm.. walaupun blog ni cam merepek je… tapi best juak baca.. hehehe

    Komen oleh Anonymous — September 13, 2006 @ 2:56 am

  3. tahniah kerana entri ni berjaya buat anda tersenyum kembali dan mungkin saya juga…terima kasih..
    walaupun anda terus memasukkan unsur politik dlm blog ini, saya hormatinya kerana itu pendirian anda..dan mungkin saya akan terus setia membaca blog ini..
    maafkan jika komen pd entri yg lepas membuatkan anda mengarang walaupun ada test..

    Komen oleh Anonymous — September 13, 2006 @ 12:28 pm

  4. tiada masalah dan tiada apa yang perlu diminta untuk dimaafkan

    Komen oleh Anas — September 13, 2006 @ 1:21 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: