Kisah itu

September 15, 2006

Aku dan ego

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 3:22 am
Minggu ini berakhir dengan sebuah ujian subjek Bahan bahan kejuruteraan berkod ENCH202(jika ada terjemahan untuk kod ini nescaya saya akan terjemahkan dalam bahasa melayu,cadangan terjemahan:KKDP202) Minggu ini agak sibuk bagi diri saya kerana terpaksa mengulangkaji pelajaran demi dua subjek dalam tempoh tiga hari. Minggu hadapan pula saya bakal dihidangkan dengan makanan assignment yang bertimbun-timbun dan lab report ‘boiler’ dan ‘evaporator’ yang hasil tambah mukasuratnya boleh menjangkau ke angka 100. Tempoh penyiapan adalah selama 2 minggu. Moga-moga dapatlah disiapkan. Moga hendaknya. Banyak peristiwa dan pandangan yang saya ingin utarakan sepanjang dua hari lepas. Namun begitu, kesibukan mencantas keinginan yang membuak-buak itu. Maka pendapat dan idea-idea saya itu hilang bagai debu yang ditiup angin. Saya akan mencuba mengingati kembali apa yang ingin ditulis dan dengan segala upaya akan memperbaharui blog ini dengan entri-entri yang berkaitan.

Tajuk entri ini saya sengaja taruhkan begitu. Alasan?

Baru-baru ini saya menerima mesej friendster dari kawan sekolah saya. Saya meminta maaf kepada kawan saya ini kerana menyiarkan mesej ini untuk tatapan umum. Saya merasakan pendapat kawan saya ini sebagai bernas dan kena dengan diri saya.
——————————————————————————————-

Who I Want to Meet:
manusia berkad pengenalan ini.. 850807-03-5564…

Kad pengenalan aku 850807-14-5034..applicable x??dah kira 60% betul tu..hehehe…

Sajer aku da bosan2 so aku singgah kat sini skjp walaupun aku tau aku x diharapkan.. (sedar diri..)..
Sajer nak meraban..Bosan2 sronok gaks melawat http://www.kisahitu.blogspot.com lama dgr rumors so nak tau gaks kebenarannya…sajer nak bc pendapat “giler” ko..Simpati ader..rs nak ketawa pn ader gaks..X sangka lelaki yang aku kenal ngan ego n toughnyer selama ni tersungkur teruk kerana cinta…but..its life anyway…

thanks sbb bg aku versi baru “tntg Cnta”…

First luv not to be forget..but to be learn from…
(aku x terrer bi so sowi klu slh…)

Gud luk in e’tin..adios……… makeURL(“Sajer nak meraban..Bosan2 sronok gaks melawat http://www.kisahitu.blogspot.com/…dah lama dgr rumors so nak tau gaks kebenarannya…sajer nak bc pendapat \”giler\” ko..Simpati ader..rs nak ketawa pn ader gaks..X sangka lelaki yang aku kenal ngan ego n toughnyer selama ni tersungkur teruk kerana cinta…but..its life anyway…”,”eHNsL21lc3NhZ2VzLnhzbA==”);

—————————————————————————————-
Terima kasih saya ucapkan kepada si pemberi mesej. Terima kasih juga kerana sudi singgah di blog yang penuh dengan pendapat ‘gila’ dek kerana tersungkur di jalanan cinta. Saya pernah tersungkur dan kini saya bangkit kembali.
Tidak perlu bersimpati ke atas apa yang berlaku kepada saya kerana simpati itu tidak kena pada tempatnya. Kenapa harus bersimpati pada seorang manusia yang tidak setia?
Wajarlah kamu mentertawakan sahaja. Dan saya tidak kisah langsung.
Kepada si pemberi mesej, saya tidak mengharapkan dan tidak pula tidak mengharapkan sesiapa sahaja yang ingin bertegur sapa. Peristiwa zaman sekolah dahulu saya sudah lupakan dan melaluinya saya mengenal erti dewasa. Terima kasih kerana menjadi watak yang mengajar saya akan keburukan ego(saya akui saya tersangat ego,dahulu).

Terima kasih

P:s; Entri kali ini sekadar untuk dikongsi kerana penulis sedar kehidupan ini ibarat roda. Saya mengakuinya….Jika si pemberi mesej membaca entri ini, maafkan saya kerana menyiarkannya. Saya lakukannya kerana saya tersentak dengan realiti kehidupan. Saya tergamam bagaimana manusia ini mudah benar diketawakan.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: