Kisah itu

September 16, 2006

Tiada yang lebih baik dari yang telah terjadi(2)

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 1:05 am
Tempe yang belum masak

Entri ini adalah sambungan dari entri yang terdahulu.(rujuk). Inti daripada entri ini adalah untuk mengajak diri saya dan pengunjung blog ini supaya redha dan bersabar atas segala ketentuan Ilahi. Dengan meredhai apa yang telah terjadi tidak bermakna kita lemah dan berputus asa. Sebaliknya, membantu kita untuk lebih berusaha dan terus berharap kepada Allah. Adakah seseorang itu lemah jika redha kepada Ilahi? Redha kepada apa yang buruk pada pandangan kita tidak bererti kita adalah pengalah(loser) ataupun penewas. Jika kita redha dan tabah maka kitalah yang paling kuat dan hebat!.

Mengapa saya berkata begitu?
Sesungguhnya manusia hanya mampu melihat sesuatu itu melalui daya akal pemikiran mereka. Manusia tidak mampu menilai apa yang sebenarnya ditakdirkan kepada mereka. Apa yang boleh dikatakan ialah manusia menilai sesuatu itu berdasarkan daripada kulitnya sahaja. Mereka yang hanya menilai durian hanya dari kulitnya pasti tidak tahu akan kelazatan isi di dalamnya. Sungguh, kulit durian itu hodoh dan menakutkan. Tetapi adakah dengan kehodohan kulit sahaja menggambarkan nilai sebenar sebuah durian?(contoh ini hanya bersesuaian dengan peminat durian sahaja, bagi yang tidak berminat silalah menggunakan contoh sendiri).
Apabila sesuatu yang buruk berlaku kepada kita maka tidak wajarlah kita menyalahkan takdir itu. Apa yang buruk itu sekadar menjadi tabir bagi kesenangan yang tidak dapat dinilai oleh kita.

Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya petik dari tulisan Dr HM Tuah Iskandar dalam artikel beliau dalam majalah I, Siapa kita untuk ‘memaksa’ Tuhan?
(Saya mengolah cerita ini berdasarkan imaginasi sendiri. Ini bermakna inti cerita ini saya cedok dari tulisan beliau manakala susunan ayat sudah diubah demi keinginan saya sendiri,haha)

Kisah ini dikatakan berlaku di sebuah desa di Jawa Tengah, tetapi disebabkan keinginan saya, saya ubah lokasi ke daerah Banting, Selangor;

Ada seorang wanita tua yang bernama Jennifer binti Lopez(bukan nama sebenar, penulis tiada tujuan langsung mahu melawak). Dia lebih terkenal dengan panggilan nama makcik Jenny ‘tempe’ kerana pekerjaannya adalah menjual tempe secara harian di pasar minggu(Jual tempe hari-hari tapi pasar minggu buka sekali je seminggu? Nak reka cerita pun logik la Anas oi..Jawapan saya:Pasar minggu di tempat yang berbeza-beza, Isnin di kampung Labuhan Dagang, Selasa di Olak Lempit, Rabu di Salak Tinggi, dan begitulah seterusnya. Aku dah stat ngarut dah)

Makcik Jenny tempe ini adalah seorang muslimah yang taat dan sangat rajin beribadah. Dia rajin menunaikan solat sunat dan bangun malam bertahajud dan bermunajat kepada Allah.
Diceritakan pada suatu hari makcik Jenny ini sudah bersiap sedia untuk meneruskan rutin hariannya iaitu menjual tempe di sebuah pasar di Olak Lempit (soalan kepada pembaca:Hari apakah peristiwa ini terjadi?). Sebelum bertolak dia akan memastikan tempe-tempenya sudah masak dan sedia untuk dijual. Namun alangkah terkejutnya makcik Jenny apabila mendapati tempenye tidak masak lagi. Perkara ini amat mengejutkan makcik Jenny kerana kebiasaannya tempenya akan masak sebelum dia bertolak. Tetapi berlainan pula hari ini. Makcik Jenny tetap bertolak kerana itulah satu-satunya sumber pendapatannya. Makcik Jenny sedar dia tidak mempunyai biasiswa maka dia harus meneruskan jualan untuk hari ini demi sesuap rezeki sambil berharap dan bertawakal kepada Allah agar tempenya masak di dalam perjalanan nanti.

Apabila sampai di pasar dia pun memeriksa sekali lagi dan sekali lagi dia terpana dan kecewa. “Oh, sungguh tidak kusangka, tempeku ini sungguh hampeh” ujar makcik Jenny seorangan. Dia sangat dukacita dan hampir-hampir sahaja tempenya itu dimakan begitu sahaja demi melepaskan geram. Tetapi setelah difikirkan implikasi yang akan diterima sekiranya memakan makanan mentah(cirit birit, muntah, demam dan sebagainya) maka dia membatalkan niat untuk membaham tempe-tempe yang dikatakan hampeh itu. Dia terus berdoa kepada Allah agar tempenya masak sebelum kehadiran pelanggan-pelanggannya.

Tidak lama selepas itu, datanglah seorang wanita yang bernama Afira Haryati(nama ini tiada kaitan dengan kenalan penulis) mahu membeli tempe daripada makcik Jenny ini. Makcik Jenny sungguh cuak dan berdebar-debar kerana di sangat takut jika tempenya tidak masak lagi. Dia membayangkan wajah wanita itu yang pastinya marah dan bengang dengan tempenya nanti. Dia juga takut sekiranya wanita itu akan melabelkan tempenya sebagai hampeh dan menyebarkan cerita tentang keburukan tempenya kepada orang lain. Ini pastinya akan menjatuhkan reputasi makcik Jenny sebagai pembekal tempe utama di kawasan itu.
Dengan penuh debaran disertai dengan degupan jantung yang berdegup kencang, dia pun membuka bungkusan tempe.

[Cuba teka apa yang terjadi? Hint:makcik Jenny rajin bertahajud dan bermunajat kepada Allah. Maka adakah wajar Allah tidak mempedulikan permintaannya? Jadi saya jangkakan pembaca akan merasakan tempe itu sudah masak. Kalau tak jangka itu bermakna anda cukup matang dan pasti anda tidak menonton rancangan yang sudah dijangkakan kesudahannya. Maka, wajarlah meneruskan pembacaan kerana kesudahannya adalah sesuatu yang tidak dijangka]

Alangkah terkejutnya Makcik Jenny kerana tempenya tidak masak juga. Dia merasa hampa dan tidak sanggup lagi menjual tempe selepas ini. Belum pun sempat dia menyatakan hasratnya untuk bersara dari perniagaan tempe dan meminta maaf atas kesilapan tempenya, wanita tadi berkata…”Alhamdulillah, sudah puas saya mencari di merata-rata tempat, baru sekarang ini saya terjumpa..”

Kata-kata Afira Haryati tadi benar-benar tidak dijangkakan oleh pembaca sekalian(betul tak?)Begitulah juga dengan Makcik Jenny. Dia tidak sangka lantas menanyakan punca kata-katanya.

“Saya sebenarnya sedang mencari kalau-kalau ada orang yang menjual tempe separuh masak untuk dikirimkan kepada anak saya yang sedang belajar di luar negara. Dia ada di New Zealand sekarang. Saya perlu tempe separuh masak supaya apabila sampai kepadanya maka tempe ini akan cukup-cukup masaknya. Jika saya mengirimkan yang cukup masak,mungkin tempe ini sudah berulat dan tidak boleh dimakan lagi.”

Wanita itu terus membeli kesemua tempe Makcik Jenny tadi. Sungguh dia tidak pernah terfikir akan hal ini. Lantas dia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Benar, manusia tidak pernah tahu apa yang sebenar-benarnya terbaik untuk mereka….

Sambungan(dua tiga minggu selepas itu),

  • Anak bagi Afira Haryati tadi kecewa kerana tempe-tempe kiriman ibunya tadi ditahan kastam New Zealand. Kempunanlah anaknya tadi. [Nota;kastam New Zealand sangat tegas dan berkira. Saya pernah ditahan hanya kerana mempunyai paras seorang pengganas(dari perspektif barat)]
  • Makcik Jenny telah memeriksa resipi tempenya dan telah memutuskan untuk memasarkan tempe separuh masak ke seluruh negara. Makcik Jenny telah menjadi jutawan kerana hal ini.

Saya berharap pembaca yang dihormati sekalian dapat mencari pengajaran daripada cerita ini. Saya percaya kalian pasti mampu mencarinya.

P:s; Saya rindukan tempe dari Banting…
Lagu yang menjadi pilihan adalah dendangan Yellowcard-Only One. Lagu ini ada kaitan dengan kisah silam penulis. Jika tidak suka maka gunakan media player yang telah
disediakan di bawah chatterbox. Jika tidak berkesan,sila tutup sahaja speaker anda.

15 Komen »

  1. Jika tidak berkesan,sila tutup sahaja speaker anda——> perli nampak!

    Komen oleh neng_fused — September 16, 2006 @ 3:53 am

  2. Tiadalah rela saya menyindir malah tiada sebab harus saya berbuat demikian. Serius, tiada unsur sindiran yang ditujukan kepada sesiapa sahaja

    Komen oleh Anas — September 16, 2006 @ 4:16 am

  3. agreed…

    Komen oleh Mr Syah — September 16, 2006 @ 8:57 am

  4. hahaha.. sape mkn cili dialah terasa pedasnya!! anas mantap2.. keep up the good work yer!!

    Komen oleh mohd azmir — September 16, 2006 @ 11:37 pm

  5. manusia hanya nampak yang zahir je… yang tersirat mereka selalu abaikan….

    Komen oleh awan_biru — September 18, 2006 @ 11:52 am

  6. Ada kenangan juga di Banting, ya?

    Komen oleh Rebecca Ilham — September 20, 2006 @ 6:34 am

  7. Banting dan kenangan. Tidak dapat dipisahkan. Ibarat melayu dan bahasanya

    Komen oleh Anas — September 20, 2006 @ 12:40 pm

  8. sapa nak tempe cariklah di New World..tapi mahal ler

    Komen oleh Anonymous — September 20, 2006 @ 3:16 pm

  9. kalau nak tempe carilah di New World

    Komen oleh Anonymous — September 20, 2006 @ 3:17 pm

  10. salam.
    apa hubungan anda dan Banting?
    (tempat saya berjalan jatuh selama dua tahun.. teringat betapa saspennya di stesen menunggu bas berlabel “KOLEJ MARA, LABOHAN DAGANG”,sedang jam sudah menunjuk angka tiga)
    meow~

    Komen oleh adibahabdullah — September 23, 2006 @ 2:00 pm

  11. saya bekas pelajar MARA banting

    Komen oleh Anas — September 23, 2006 @ 2:18 pm

  12. salam.
    owh. abang senior rupenye.
    gembira berkenalan.:-)

    Komen oleh adibahabdullah — September 24, 2006 @ 9:29 am

  13. mmmmmmm……. nice! I’m so proud of you. And…. reading all, I’m looking the other side of you. Which I never thought exist. Interesting! But… I hope my presence here will not stop my phone ringing.

    Komen oleh footsteps — Oktober 3, 2006 @ 1:47 am

  14. footsteps…

    Komen oleh footsteps — Oktober 3, 2006 @ 1:52 am

  15. miss edi: u really leave with footsteps..haha thanx

    Komen oleh Anas — Oktober 3, 2006 @ 1:25 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: