Kisah itu

September 21, 2006

Achalasia II

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 6:23 am
Mata agak mengantuk ( tahniah Xabi Alonso!)
Hidung agak berair ( selesema ada sikit sikit lagi)
Telinga agak tuli (nak kate tak di’service’ baru aje rasenye)
Pipi kemerah merahan ( bukan blushing ye, tapi penat)
Rambut berpintal pintal (aduh! gel ‘Schwarzkopf’ yang menyakitkan!)

Jenama minyak rambut penulis tatkala ini

Sengaja saya mulakan dengan keadaan saya ketika ini. “Sungguh penat ya?”. “Iya,” jawab saya dengan penatnya. Sebentar sahaja lagi mahu bergerak ke uni untuk ‘glading’ (glading adalah perkataan yang difahami warga canterbury(bagi yang tidak tahu inilah masa untuk tahu) yang membawa maksud membuat kerja di dalam makmal komputer bernama ‘The Glade’.) Tetapi dalam kepenatan dan keletihan saya sumbangkan sedikit tulisan untuk kita sama-sama berkongsi.

Sudah saya terangkan apa itu achalasia bukan?
Jika tidak faham maka hubungilah doktor doktor tempatan yang ada di sekeliling anda (Jangan doktor cinta dah la, jangan buat-buat terbatuk pula,uhuk uhuk uhuk)

Kenapa achalasia lagi?
Memandangkan bulan ramadhan al-Mubarak akan menjelang tiba. Maka saya rasa wajarlah achalasia ini diketengahkan dalam entri kali ini. Sebenarnya saya juga secara tidak sengaja berminat mengenai achalasia ini. Jadi tidak payahlah pembaca gusar jika kamu juga secara tidak sengaja mengetahui tentang achalasia ini kerana saya juga baru tahu dua tiga hari yang lepas. Jika kamu gusar juga maka saya tidak tahu nak kata apa. Apa apalah.

Amaran:Entri ini bukan berdasarkan kajian saintifik tentang achalasia!

Saya cuma gusar jika entri ini dijadikan rujukan oleh pencinta perubatan tentang topik saya ini. Sebenarnya achalasia yang saya ingin katakan ini adalah ketahanan untuk menelan perkara-perkara yang biasa ditelan. Apa yang biasa ditelan itu boleh jadi makanan atau minuman atau maklumat atau imejan atau bunyi-bunyian atau apa apalah yang saya rasakan sesuai(jika ada yang rasa tak sesuai, boleh berhenti setakat ini sahaja).

Memetik kembali definisi achalasia:
Achalasia atau acalasia adalah kegagalan cincin cincin otot untuk berehat secara total

Ramai sebenarnya antara kita yang bakal mendapat simptom-simptom achalasia ini di kala bulan puasa ini. Antara simptom-simptom itu adalah
1. Masih mengumpat
2. Masih melihat wanita seksi dan bermata keranjang
3. Masih berkata keji dan dusta
4. Masih mengadu domba
5. Masih meninggalkan solat
6. Masih kedekut
7. Masihku tak berdaya…..
8. dan sebagainya

Puasalah…Rehatkanlah diri secara total. Janganlah hanya berpuasa dari makan dan minum sahaja. Sebaliknya puasalah secara total. Hindarkanlah achalasia ini dan manfaatkan ramadhan ini tanpa sebarang penyakit yang pelik-pelik(bagi yang rasa achalasia ini ada dalam diri mereka, maka anda adalah pelik). Ramadhan menjenguk kita setahun sekali tanpa jaminan yang kita akan berjumpa lagi di tahun berikutnya. Maka, sambutlah ramadhan ini dengan jasmani dan rohani yang sihat secara total. Alangkah ruginya jika kita tergolong dalam golongan yang hanya mendapat lapar dan dahaga tatkala limpahan keampunan dan rahmat dibuka seluas-luasnya.

Sesungguhnya pesanan ini ditujukan khas buat semua yang mengaku dirinya muslim termasuklah buat diri saya kerana saya juga adalah seorang muslim. Harapnya ramadhan kali ini penuh makna…..Saya tidak mahu achalasia lagi!!!

[Nota pendek buat ‘achalasia’: ‘Anastasia’ masih menanti ‘achalasia’]

P.s 1: Jemputlah beramai ramai berbuka dan berterawikh di surau Universiti Canterbury. Semoga Allah merahmati kalian di bulan yang mulia ini.Ameen…

P.s 2:Kepada yang mula-mula menamakan kata kerja ke Glade sebagai Glading, saya mohon izin ya..(guna dulu baru minta, peduli apa saya)

3 Komen »

  1. sungguh menarik perumpamaan ko nas!! tabik spring.. ye samer2 mintak dijauhkan dari achalasia nie!!! ameen..

    Komen oleh mohd azmir — September 21, 2006 @ 7:24 am

  2. Salam.

    Peminat Liverpool, ya?

    Selamat Berpuasa!

    Komen oleh Rebecca Ilham — September 23, 2006 @ 7:06 am

  3. lebih kurang begitulah

    Komen oleh anas — September 24, 2006 @ 12:51 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: