Kisah itu

September 30, 2006

E03A

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 5:11 am
Potret kenangan E03A(tidak semua ada di sini)

Tiba-tiba teringat pula kepada rakan rakan lama di Kolej persediaan dahulu. Sudah setahun lebih ada di antara kami yang tidak bersua muka. Terlalu mengharapkan pertemuan kadang kadang menyerlahkan lagi perasaan kerinduan. Bila sudah rindu maka saya khususkan entri ini untuk mereka. Eh, jangan salah faham, saya lebih merindui famili dan ‘achalasia’ melebihi rindunya saya pada mereka. Tetapi saya rasa saya punya sebab untuk menujukan entri ini untuk mereka. Sebabnya saya terlalu sukar untuk berhubung dengan mereka. Maklumlah sejak mesej segera YM boleh menghilangkan diri(invi) maka ramailah yang menghilangkan diri. Malah ada juga yang kelihatan tetapi entah kenapa sukar bagi saya memulakan perbualan. Mungkin sudah lama tidak berjumpa maka tiada apa yang berbaloi untuk dibicarakan. Itu cuma agakan saya sahaja. Mungkin juga mereka terlalu sibuk dengan komitmen pelajaran dan sebagainya( ‘dan sebagainya’ digunakan kerana saya tiada idea lain tentang apa lagi yang menyibukkan diri mereka selain dari pelajaran. Haha.. teringat zaman menulis karangan di kala persekolahan dahulu).

Apa-apa pun kepada kalian saya doakan anda berjaya dalam tiap apa yang diceburi. Saya percaya kalian ada kemampuan yang cukup untuk menyertai golongan manusia yang berjaya.
Jika tiada kesibukan, maka hubungilah saya ya!


Bahtera yang berlabuh

Inilah bahtera
Bahtera yang tak pernah sunyi
Belayar di atas lautan perjuangan
Kelasi-kelasinya dilamun mimpi
Sedar dipukul
Ombak realiti

Sekian lama meredah gelora
Sekian lama kelasi kelasi itu bersama
Menongkah arus
Meredah ribut dan badai
Tiba masanya berlabuh
Tanda tamatnya ikatan
Mencipta erti sebuah perpisahan

Bahtera yang kita bina atas nama ini
Kita panggilnya E03A(dipanggil mungkin)
Kita bina dengan utuh persahabatan
Kita gerakkan bersama tiupan semangat
Kita layarkan dengan rentang kesabaran

Hingga akhirnya kita labuhkan bahtera ini
Bersama memori ciptaan sendiri
Memori yang tak bisa dicipta kembali

Hingga kita bertemu lagi
Setelah berlabuh di pesisir ini
Jangan kau lupa bahtera ini
Sematkan setiap saat kita di sini
Bersama ingatan yang tulus murni

3 Komen »

  1. i miss u too.. (huahuahhaa.. pasni mesti aku kene cop yg xelok..)

    anas,
    resmi sang penyu,
    seribu batu menongkah lautan maya,
    balik bersarang ke tempat asal,
    mengapa?

    kerana kasih dan kenangan pada yg mula,
    biar bersua hanya seketika,
    tapi ingatan yg terbina,
    xmampu diluntur oleh badai yg melanda..

    fikir2kan..

    -mush-

    Komen oleh mush — Oktober 2, 2006 @ 3:47 am

  2. u miss me?
    exactly!

    Komen oleh Anas — Oktober 2, 2006 @ 11:51 am

  3. saya suka cebisan puisi yang dikarang oleh mush..hehe..

    Komen oleh Anonymous — Oktober 3, 2006 @ 4:05 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: