Kisah itu

Oktober 2, 2006

Semoga bertemu lagi

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 12:34 pm

Esok, seorang sahabat saya akan pulang ke negara asalnya, Mesir. Kami mula berkenalan sejak semester kedua bermula dan dari perkenalan itu kami menjadi lebih kenal antara satu sama lain. Teringat, mula-mula saya sangkakan namanya Ahmad, rupa-rupanya namanya ialah Umar. Mungkin saya sukar menafsir slanga arabnya ketika itu atau saya tidak mengorek telinga sendiri. Saya pun kurang pasti.

Sungguh, saya menghargai perkenalan ini kerana melaluinya saya dapat belajar pelbagai perkara. Saya juga yakin bahawa sahabat-sahabat saya yang lain yang mengenali beliau dengan lebih lanjut pasti bersetuju dengan pandangan saya ini.

Kehadiran beliau pada awalnya, saya sangkakan sebagai kehadiran biasa sahaja. Pelajar Phd datang dan pergi tanpa membawa sebarang kesan kepada diri saya. Namun, kehadiran Abang Umar ini benar-benar mengajar saya banyak perkara dan menyuluhkan saya akan sesuatu yang memohon kepada pencerahan.

Tidak pernah saya berjumpa dengan orang yang benar-benar komited terhadap perjuangan Islam. Tidak pernah saya melihat seorang yang baru, terus menjadi penggerak kepada gerakan Islam di tempat yang terlalu asing untuknya. Semangat yang ditonjolkan oleh beliau benar-benar mencabar diri saya yang sudah berada lebih lama setahun darinya di sini. Kehadiran beliau menjadi satu nadi yang berdenyut kepada pergerakan muslim di universiti yang asing ini. Banyak idea-idea dan tenaga yang dicurahkan demi menjayakan sesuatu program yang menjadi jalan kepada dakwah Islam.

Saya dan sahabat-sahabat yang lain mempunyai kenangan tersendiri ketika bekerja bersama beliau dalam beberapa program di sini. Aduhai, masih saya teringat saya terlalu marah kepada beliau kerana kami begitu teruk dimarah pada Festival Makanan Antarabangsa yang lalu. Saya merungut-rungut dan tidak puas hati dengan cara beliau menegur kami. Beliau seolah-olah mahu memberitahu kepada semua akan kesalahan kami yang terlewat hadir atas sebab komitmen kelas. Beliau dapat menghidu kemarahan kami dan pantas berjumpa kami secara peribadi.

Terjemahan kata-kata beliau:
” Saya minta maaf jika kejadian tadi mengguris perasaan kamu. Apa yang saya tahu, kejadian seperti ini(lewat) tidak patut berlaku kerana ini tidak baik untuk persatuan kita. Saya rasakan perihal lewat ini tidak bagus dan tidak patut kamu amalkan. Saya minta maaf sekali lagi dan harap kamu semua faham. Saya tidak bermaksud menyinggung kamu secara terus dan kerana itu maafkanlah”

Saya berasa bersalah kerana terlalu cepat menghukum beliau. Saya merasakan apa yang dikatakan itu ada benarnya. Perancangan yang rapi dan jitu perlu dalam membawa usaha dakwah dan Islam. Tidaklah baik perkara-perkara seperti ini berlaku dan benar teguran beliau memang bertempat. Kami mengambil iktibar dari perkara yang telah terjadi dan tidak mengungkit kembali akan apa yang telah berlaku.

Apa yang saya ceritakan ini hanya satu daripada pelbagai kenangan saya dengan beliau. Esok beliau akan bertolak pulang dan pastilah saya dan rakan rakan yang lain akan merindui beliau mengimami solat tarawih kami. Saya berdoa agar pemergian beliau ini hanya sementara dan tidak untuk selamanya. Bukan bermaksud saya mahu dia hidup selamanya, tetapi saya berharap dia akan pulang kembali ke Canterbury menyudahkan kursus Phdnya. Harapannya adalah 50/50….Siapa lagi yang akan bersemangat seperti beliau dalam menggerakkan apa-apa aktiviti nanti. Sungguh, saya rasakan nadi utama seakan akan tercantas jika beliau tidak kembali ke sini nanti.

Kepada rakan rakan Malaysiaku yang terkejut akan reaksi Abang Umar baru-baru ini tentang peristiwa berbuka di Ilam Common room dahulu, ketahuilah saya tidak terkejut langsung. Mungkin kalian yang jarang bersama dengan beliau akan merasa pelik akan tahap sensitiviti dan respon beliau kepada perkara yang kalian anggap kecil. Saya memahami perasaan Abang Umar dan saya tidak hairan bila beliau menyatakan ini adalah kali pertama beliau bertemu dengan jemaah seperti kita (ini bukan satu pujian, fikirkanlah….). Mana-mana ruang yang buruk dalam komuniti kita haruslah kita perbaiki kerana mengikut pemerhatian kasar saya selama ini, sebarang aktiviti yang berkaitan dengan surau dan aktiviti Islam pastilah dihadiri pelajar-pelajar melayu Malaysia dengan ramainya. Ini secara tidak langsung memberi petunjuk mudah kepada bukan Islam untuk menilai sendiri apa itu Islam. Walaupun tidak wajar saya katakan Islam itu dilihat dari penganutnya, tapi jika tidak kita yang memberi contoh, maka siapa lagi?

Saya rasa cukuplah setakat ini sahaja. Nanti jika saya terus menulis tentang Abang Umar ini maka ramai yang kurang gemar dan terasa hati. Maklumlah, pertentangan budaya. Tetapi bagi saya, budaya itu wajar dikikis jika ia bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Itu sahaja.

10 Komen »

  1. Kalau mcm tuh, saye cdgkan solat terawikh diadakan di ISS sahaja sbb Ilam common tidak ada “divider” utk jemaah lelaki dan perempuan. Kite sedia maklum , kalau lelaki ppuan bergaul, pasti ada kesan negatif, tak kira sekecil zarah pun. Utk tidak menambahkan arang yg telah sedia terconteng di muka kaum kita, elok sahaja terawikh dikekalkan di ISS. Takpon Laki2 n ppuan terawikh asing2. Supaya tiada gelak-tawa atau lawak2 yg boleh buat imam marah. (lantas menghabiskan 2 juzuk sbg pengajaran kpd makmum2nya…)

    Komen oleh neng_fused — Oktober 3, 2006 @ 1:57 am

  2. kita tidak terlalu terburu buru dalam berubah. Apa yang cuba diajar hanya menghormati orang lain dan tidak mentertawakan kesilapan saudara kita yang lain. Bagi saya itu cukup indah. Tiada kaitan dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan buat masa ini. Cuma wajarlah kita berhikmah sebelum menghukum. Saya tidaklah menyokong reaksi yang beliau tonjolkan, tetapi saya menyokong apa yang di sebalik sirat pengajarannya. Buat masa ini saudari Neng,cadangan anda saya tolak

    Komen oleh Anas — Oktober 3, 2006 @ 2:11 am

  3. haahha, thanx…..

    Komen oleh neng_fused — Oktober 3, 2006 @ 5:05 am

  4. satu pendekatan brother umar yg sangat elok untuk kita contohi – berterus-terang dan tidak menyimpan dalam hati, apa yang dirasakan tidak kena, akan disuarakan kepada yang berkenaan, seeloknya tanpa ada yang terasa hati; sangat berlainan dengan apa yang kita budayakan – simpan dalam hati dan kemudian “cakap belakang”…

    harapnya beliau akan segera kembali…

    Komen oleh Assaif S.N — Oktober 4, 2006 @ 12:47 pm

  5. kerana luruskan saf, rapatkan saf.. (teringat status anas kat ym.. hehe)

    Komen oleh sangkuriang — Oktober 4, 2006 @ 1:16 pm

  6. saya bersetuju dengan saudara anas, dan assaif, perkara ini tiada kaitan antara ‘pergaulan’, yg berkaitan adelah sama ade kite ikhlas mengerjakan ibadah itu ataupun tidak, jika kite tidak mampu, masih ramai lagi yg mampu melakukan, waAllaualam….

    Komen oleh Anonymous — Oktober 4, 2006 @ 4:35 pm

  7. smtg good to ponder at..silapnya manusia ni(termasuk diri sendiri), selalu nampak kesilapan org lain sahaja..sampai tidak menyedari kesilapan diri sendiri..cuba bayangkan diri kita berada di tempat beliau..tidak kah kita terasa apabila kita ingin beribadat, ada pihak di sekeliling kita yg sedang bergurau senda..berketawa ria..dgn bahasa yg kita sendiri tidak fahami..sedikit sebanyak mesti terasa hati bukan..?ataupon buat kita terfikir, “budak2 ni mengata aku ke..?” mungkin skang ni bila kita lihat perbuatan beliau itu, kita merasakan tidak patut..tapi kalau kita berada di tpt beliau, apakah agaknya reaksi kita..?mungkin lebih teruk..ataupon mungkin bak kata assaif,simpan dalam hati..kemudian “cakap belakang”..?agak2 mana yg lebih baik..?(tepuk dada tanya iman..)wallahualam..malu juga bila menaip begini..mcm menceritakan keburukan diri sendiri pula..

    Komen oleh aida — Oktober 5, 2006 @ 5:22 pm

  8. menarik sungguh maklumbalas yang diterima. Mungkin benar apa yang beliau rasakan iaitu sungguh asing di kalangan kita yang ramai. Malah dia pernah berkata dia terasa sebagai orang asing di kalangan kita kecuali dengan beberapa yang dia rapat sahaja. Kasihan juga kadang kadang melihat pelajar dari negara lain yang tidak mempunyai ramai teman senegara. Jadi wajarlah kita berkongsi sedikit masa untuk bersahabat dengan mereka

    Komen oleh Anas — Oktober 6, 2006 @ 4:29 am

  9. assalamualaikum.ingin saya memberi sedikit pendapat di sini.saya setuju dgn beberapa pendapat yang telah diberi..sememangnya perkara ini tiada kaitan dgn pergaulan antara lelaki dan perempuan tetapi lebih kepada menghormati org yg lebih tua dan sahabat yg berlainan kaum (yg tidak memahami bahasa kita)..tentang cadangan kekalkan terawikh di ISS tu,memang itu pun yg sedang kita buat.Malah di ISS pn jemaah lelaki dan perempuan tidak dipisahkan oleh apa2 tabir pun ketika terwakih (anda akan tahu sekiranya anda bersolat di sana)..malah tk ada pun berlaku gurau senda dan gelak tawa antara jemaah lelaki dan perempuan (correct me if i`m wrong)setakat ini..jadi,saya harap kita dapat teruskan besolat berjemaah di ISS dan ambil iktibar dr apa yg berlaku di Ilam common room tempoh hari..pasti ada hikmah di sebaliknya..waAllahualam..

    Komen oleh Anonymous — Oktober 6, 2006 @ 10:30 am

  10. assalamualaikum..saya nk bagi sedikit pandangan..saya bersetuju dgn beberapa pendapt yg telah diberi..sememangnya masalah ini tiada kaitan dengan masalah pergaulan jemaah lelaki dn perempuan seperti yg disalah tafsirkan (correct me if im wrong)..saya rasa,masalah ini lebih kepada perlunya menunjukkan rasa hormat kepada sahabat,tk kiralah dr berlainan bangsa dan umur..klu dilihat di ISS (u would know if u ARE there),kita terawikh pn tiada tabir btwn lelaki dn perempuan,dn masih tk berlaku masalah bergurau senda atau bergelak ketawa antara jemaah lelaki dn perempuan setakat ini (seingat saya lah)..alhamdulillah..jadi,saya rasa tidk menjadi masalah untuk trus berterawikh sama2 di ISS.cuma kita perlu ambik iktibar dr apa yang telah berlaku di Ilam common room,supaya tk berlaku lg..waAllahualam..

    Komen oleh Anonymous — Oktober 6, 2006 @ 10:40 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: