Kisah itu

Oktober 10, 2006

Rupa-rupanya dahulu aku benar juga

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 1:39 pm

Monyet yang hebat, nak tahu apa kaitan dengan entri ini? Baca sehingga habis

Saya teringat pada esei-esei yang saya karang ketika zaman persekolahan dulu. Subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab semuanya ada keperluan untuk menulis esei. Keperluan dalam ertikata perlu untuk lulus dalam peperiksaan. Bukanlah saya menulis untuk menegur, menulis untuk menasihati, menulis untuk berkongsi, menulis untuk populariti, menulis untuk dihantar ke majalah sekolah, apatah lagi menulis untuk berblog. Menulis yang saya tulis itu rata-ratanya bagi memberi kelulusan kepada subjek-subjek yang saya sebutkan tadi (Menulis surat cinta adalah perkara yang berkecuali,hehe).
Karangan sekolah rendah yang paling saya rasakan paling acap untuk keluar adalah berbunyi seperti;

‘Jika aku seorang jutawan’
‘Aku sebatang pensel’
‘Keluarga saya’
‘Kawan baik saya’
‘Kawan baik dia’
‘Laporan lawatan ke rumah ketua kampung’
‘Syarahan kepentingan menjaga kebersihan’

dan banyak lagilah

Bila sudah ke sekolah menengah dan seterusnya, maka tahap penulisan dan kehendak soalan juga sudah berubah ke tahap yang lebih tinggi.

Saya teringat kembali kepada satu karangan yang saya tulis. Saya tidak ingat pada tahun bilakah saya menulis karangan itu. Pokoknya, itu tidak penting. Daunnya,apa yang penting adalah apa yang ingin saya sampaikan dalam entri kali ini.

  • Jadi apakah yang cuba saya sampaikan?
  • Adakah mesej yang saya cuba sampaikan akan sampai?
  • Sejauh manakah mesej ini akan sampai?
  • Sudah sampaikah mesej ini?
  • Kenapakah anda membaca entri ini?
  • Kenapakah saya bertanya banyak soalan?
  • Bilakah mahu berterus terang?
  • Apakah kaitan soalan soalan di atas dengan entri kali ini? Jawapan:Tiada kaitan..

Jadi berbalik semula kepada tujuan entri ini(ape ntah tujuannye), saya ingin berkongsi isi-isi penting yang telah saya tuliskan dalam karangan saya dahulu yang bertajuk ‘Langkah-langkah mengawal masalah disiplin di kalangan pelajar’. Harus diingat, karangan ini ditulis atas pemikiran budak budak sekolah yang tidak matang dan masih berhingus. Jadi, apakah langkah-langkah yang telah saya cadangkan?

  • Mengadakan kem motivasi. Menghantar pelajar-pelajar ke kem motivasi dengan harapan sahsiah pelajar-pelajar ini berubah. Umpamanya, menjemput pakar-pakar motivasi yang hebat tatkala itu(saya ingat ketika itu adalah Dr. Hasan Ali) untuk memberi nasihat yang berguna kepada seluruh pelajar amnya. Sungguh, saya rasakan sungguh hebat perkataan motivasi itu. Seolah-olah inilah idea yang hebat untuk menarik perhatian guru saya. Haha.
  • Menambah bilangan guru disiplin dan pengawas. Saya menulis isi ini di atas pemerhatian saya sendiri. Maklumlah, sekolah saya dahulu bilangan pelajarnya sedikit. Maka, bilangan pengawas dan guru disiplin juga sedikit. Saya rasakan banyaknya masalah disiplin kerana kurangnya penguatkuasaan oleh pengawas dan guru disiplin. Saya rasakan perlu ditambah yang ini. Kalau boleh biarlah semuanya menjadi pengawas. Bagus juga ya jika semua orang menjadi polis. Maka tiadalah istilah penjenayah bukan?
  • Mengetatkan undang-undang sekolah. Seketat mana saya pun tidak tahu. Seingat saya, apa yang menjadi tulisan saya adalah dengan terketatnya undang-undang maka masalah disiplin juga akan kurang. Nampak seperti tiada kaitan. Namun, kehebatan menulis dan menghurai isi-isi membuatkan yang tidak bernas kelihatan bernas seperti hebatnya akhbar-akhbar arus perdana memuji-muji RMK-9..hehe..(yuran periksa takyah bayar tu..hehe)
  • Mengadakan kempen disiplin sifar. Inti dalam kempen itu adalah mengedarkan risalah-risalah berkaitan masalah disiplin dengan harapan pesalah laku insaf dan sedar akan kesilapan mereka selama ini. Tidak dilupakan mengadakan pertandingan pelajar cemerlang sahsiah. Ya, sungguh mudah membeli perlakuan seseorang dengan anugerah. Seperti mudahnya meraih sokongan dengan menghulurkan wang ringgit. Sekarang saya terfikir, kerajaan yang melancarkan kempen Tak Nak yang dikhabarkan menelan belanja berjuta-juta itu juga gagal. Agaknya, sejauh mana keberkesanan kempen yang saya cadangkan itu?
  • Melantik pelajar bermasalah menjadi pengawas. Saya paling suka yang ini. Tidak saya sangka-sangka, idea yang saya rasakan kurang matang dan tidak bernas ini rupanya digunapakai juga sekarang. Haha. Saya dahulu merasakan jika kita memberi kepercayaan kepada kaki raging, kaki pukul, dan kaki-kaki yang lain, maka mereka ini akan lebih bertanggungjawab dan menjadi baik dengan sendirinya. Saya rasakan begitu. Saya sesal juga kerana berfikiran begitu. Tapi, itu kisah dulu. Sesal tiada berguna lagi… [Tidaklah saya memandang rendah kepada pelajar bermasalah, tetapi hakikatnya ada cara yang lebih baik daripada ini. ]
    Tapi, saya tidak sangka kerana ada juga manusia yang dikatakan bijak dan berpendidikan tinggi menggunakan isi saya ini. Buktinya, anda carilah apa yang cuba dilakukan kepada Mat Rempit di Malaysia sekarang. Kalau malas nak cari klik saja di sini. Bukan main lagi ya. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Makin mereka menunjukkan belang mereka. Malah media arus perdana menyalahkan pula pihak berkuasa(polis) di atas kesalahan mereka ini. Hal ini sama dengan menyalahkan mangsa kecurian daripada pencuri itu sendiri. Bayangkanlah jika pucuk pimpinan negara dipikul oleh manusia-manusia yang hidupnya berpeleseran ini. Sungguh haru dan saya sungguh malu. Saya malu dengan pemikiran cetek seperti ini. Saya malu kerana betapa ramai lagi jenis manusia yang seratus kali lebih baik daripada rempit-rempit ini untuk dijadikan pelapis kepimpinan negara. Tapi saya tidak hairan dengan mainan politik seperti ini. Lakukanlah apa sahaja andai anda rasa kedudukan anda digugat. Raihlah sokongan sesiapa sahaja hatta mereka ini perogol sekalipun andai dengan sokongan mereka anda bisa bertahan. Singkirkan sesiapa sahaja hatta sang blogger sekalipun andai mereka buat anda tidur tidak lena. Khianati sesiapa sahaja walaupun anda pernah menangis merayu kepadanya supaya tidak meletakkan jawatan(anda pasti tahu siapa ini). Saya tidak perlu menjadi lulusan oxford atau cambridge untuk menilai usaha ini sebagai sesuatu yang tidak bernas. Atau mungkin kerana ilmu sains politik yang begitu mantap, maka psikologi dan corak pemikiran rempit-rempit ini dapat diubah. Siapa tahu? Berilah mereka peluang kedua.hehe.
hehe layan jugak mende ni,layan lagu je,video die cam tak best

Niatnya saya hanya mahu menulis tentang pengalaman saya sebagai seorang calon peperiksaan subjek bahasa Melayu. Tiba-tiba sahaja menjadi marah. Bukan apa, saya sayangkan negara saya. Saya juga tahu anda pun sama. Takkanlah kita mahu negara kita dipenuhi dengan insan yang tidak berguna dan tidak menyumbang kepada kemajuan negara. Mustahillah jika kita mahu kepimpinan seperti ini. Kita masih ada banyak pilihan lain bukan?. Isu ini sudah lama. Saya baru punya masa untuk ulasnya. Saya minta maaf kepada sesiapa yang tidak sengaja tersinggung membaca entri ini, terutamanya jika ada rempit yang terasa hati. Sori la brader. Chill sudeyh. hahaha

Oh ya, bukan mat rempit, tapi sebutlah mat cemerlang….

P.s: Tengah tunggu penerima gelaran untuk mat gemilang dan mat terbilang

16 Komen »

  1. haha.. abg khairy awak dah takde modal lain.. tu yang terpaksa menghalalkan rempit.. hehe.. takpe, mungkin dgn cara ini, maka akan lahirlah byk mat-mat rempit yg cemerlang dan terbilang seperti supep (yeah.. mungkin)

    Komen oleh sangkuriang — Oktober 10, 2006 @ 6:45 pm

  2. bak kate ko..chill sudeyhh..kite tgk ape yg akan jadik nnt*sigh*

    Komen oleh hafizasharin — Oktober 11, 2006 @ 12:51 am

  3. hahaha..
    supep mat rempit berjaya dowh!!
    idup supep!!
    nice post anas.. luv it!!

    Komen oleh mohd azmir — Oktober 11, 2006 @ 12:53 am

  4. aku tak menafikan bahawa ada ramai mat rempit yg baik dan mempunyai nilai2 moral yg tinggi. mereka hanya mengilai dunia permotoran. maybe gelaran mat rempit tu yg macam buruk bile di dengar..

    Komen oleh Super_Duper_Yummy — Oktober 11, 2006 @ 2:21 am

  5. politically confused…

    Komen oleh Mr Syah — Oktober 11, 2006 @ 2:39 am

  6. Anas said :
    Pokoknya, itu tidak penting. Daunnya,apa yang penting adalah apa yang ingin saya sampaikan dalam entri kali ini.”

    dahannya bagaimana pula ye?
    hehe

    Komen oleh Laily Abdullah — Oktober 11, 2006 @ 3:49 am

  7. Interesting post, could have gotten A++ nih… Nways, just out of curiousity. Awak (erk!) tidak setuju dgn langkah2 menjadikan mat2 rempit ahli2 UMNO etc, but do u have ur own set of potential albeit practical solutions to tackle the problem of mat rempit? I must say that the method of encouraging these younngsters to join political bodies sounds absurd, but it’s still an effort.(regardless of the high possibility that “there is shrimp behind the stone” =D)But i realized, we complaint n commented a lot, but have we, ourselves, better ideas to tackle such problems? What have we done/ can we do to help minimise these social problems? Cukupkah sekadar meluahkan perasaan & pendapat di blog2 terchenta??? Alamak! ‘ter’poyo lak aku di pg2 bute nih…But yea, I’m just curious. Harap2 opinion saye tidak di reject lagi… =D

    Komen oleh neng_fused — Oktober 11, 2006 @ 5:29 pm

  8. laily, cool2..suke aku baca comment ko..hoho.lawaknye memang kene ar!..sweet2

    neng: pergh, bersemangat gile!..ada chance jadi wakil rakyat nih.good stuff

    orang mcm kite ni hanya mampu kasi idea je la dulu.sampai masanya, tanggungjawab itu akan datang kepada diri kita dan time tu la kite boleh buat sumthing utk memperbetulkan keadaan. =>

    Komen oleh Super_Duper_Yummy — Oktober 12, 2006 @ 1:03 am

  9. sangkuriang: saya tidak kata pun ini ada kaitan dengan khairy. hehe.

    hafizasharin: bab ni saya tidak boleh chill-chill sahaja

    mohd azmir: supep adelah mat rempit kategori yang bersopan santun

    super_duper_yummy: kegilaan kadang-kadang membuatkan mereka tidak sedar akan bahaya yang mereka hasilkan. Benar, memang tidak adil menghukum secara kolektif. Jadi rasanya itu terletak bagaimana kita mendefinasikan siapa mat rempit itu sendiri. Definisi saya: manusia tidak berguna yang menunjuk-nunjuk skil di atas jalan raya dengan membahayakan sekali nyawa-nyawa di sekitar mereka. Bagi yang hanya menggilakan dunia permotoran sahaja , saya doakan mereka berjaya dengan kegilaan mereka itu.
    [katakanlah kalangan anda ada gilakan wanita, pasti ada sempadan bagi menunjukkan kegilaan itu bukan? Ada yang menjadi perogol dana ada juga yang sekadar menjadi mat bunga]

    neng_fused:Isu memberi komen tanpa memberi cadangan untuk membantu sudah biasa diterima oleh kalangan penulis-penulis jalanan seperti saya ini. Malah ada yang menyatakan bahawa sudah menjadi tipikal kepada penulis-penulis berbangsa melayu yang hanya tahu untuk memberi komen tetapi tidak memberikan cadangan untuk memperbaiki situasi itu. Jadi saya tergolong dalam kategori itu. Nampak seperti pengalah bukan? haha. Sudah pasti. Penulisan saya hanya untuk memberitahu sahaja. Katakanlah begini, saya sedang melihat ada seorang yang sedang lemas di tengah lautan, namun, saya tidak pandai berenang.Jadi, saya hanya menjerit-jerit dan mencari bantuan dari orang yang pandai berenang. Alasannya, saya tidak ada kemampuan untuk menyelamatkan secara ‘direct’ tetapi saya ada kemampuan untuk memberitahu. Jika saya sendiri yang berenang, maka saya akan mati dan hasilnya, dua dua mati..Keadaan saya sekarang tidak mengizinkan saya untuk menghabiskan masa saya untuk memerah otak memikirkan apakah cara yang paling berkesan untuk menhapuskan budaya rempit ini. Jika saya terlalu bimbangkan akan perkara ini, maka pelajaran saya akan terumbang-ambing malah jika saya serius dalam menghentam kepimpinan negara, maka saya akan di ISA pula. hoho.

    Saya setuju dengan pandangan awak(erk!) dan saya sangat teringin untuk menulis tentang jalan penyelesaian kepada wabak rempit ini.

    Bagi saya, apa yang dilakukan oleh putera UMNO sekarang adalah beranalogikan begini;
    [Ada longkang yang tersumbat di halaman rumah, kotoran begitu banyak di dalam longkang dan akan melimpah ke luar. Pastinya kita tidak mahu kotoran di halaman rumah kita.
    Ada yang memilih untuk membuang air itu sedikit demi sedikit sehingga kering. Kemudian,bila longkang penuh kembali, maka diulangi lagi perbuatan tadi. Begitulah seterusnya sehingga tiadalah lagi yang sanggup membersihkan longkang itu dan terbiarlah kotoran itu melimpah ke laman rumah.
    Cara lain adalah dengan mencari dan membuang segala apa yang menyumbatkan longkang itu. Cara ini memerlukan kesabaran dan masa yang lama kerana mungkin longkang itu harus direka semula supaya masalah yang sama tidak berulang lagi. Maka sudah pastilah ini akan melibatkan wang, masa dan tenaga. Tapi, jaminan untuk tidak tersumbatnya longkang adalah lebih tinggi dan diyakini.
    Cara yang seterusnya adalah dengan menghalang segala kekotoran dari masuk ke longkang. Cara ini tidak praktikal kerana mahu tidak mahu kita harus membuang kotoran ini daripada memenuhi sinki atau tandas rumah kita.]
    Saya percaya masalah mat rempit dan berbagai-bagai lagi masalah sosial di mana-mana sahaja harus ditangani dengan bijak. Cara yang bijak itu adalah dengan mencari punca kenapa perkara itu berlaku dan mencantas terus punca itu. Biarpun ia memakan tenaga dan wang ringgit yang banyak. Jika benar kita sayangkan bangsa dan generasi mendatag, korbankanlah sedikit harta anda(harta rakyat juga) untuk membetulkan apa yang tidak betul. Bagi saya, cadangan membawa masuk rempit ini ke dalam UMNO seperti menyimpan kotoran di dalam rumah supaya longkang di luar rumah tidak melimpah. Rempit ini akan menjadi bertambah ramai dan semakin berleluasa pula nanti. Maklumlah dah dapat lesen besar….
    Masalah ini rumit jika kita mahu berbincang secara serius dan kerana itu saya memilih untuk sekadar memberitahu. Mungkin jika saya sudah terlibat dalam kepimpinan negara, maka pastinya saya tidak benarkan oportunis politik menggunakan rempit ini dalam meneruskan cita cita politik mereka

    [tak wajib betul tetapi harus salah,sekadar pendapat sahaja]

    Komen oleh Anas — Oktober 12, 2006 @ 4:05 am

  10. Okeyh..fair enuff =D

    Komen oleh neng_fused — Oktober 12, 2006 @ 8:44 am

  11. sounds complicated

    Komen oleh hafizasharin — Oktober 12, 2006 @ 11:11 am

  12. pjg lebar explanation…hope neng puas hati…hehe
    semoga apabila korg sumer jadi pemimpin negara kelak tlg pastikan politik negara kita tak akan mengotorkan rmh mahupun laman rmh kite tuh…

    Komen oleh Mr Syah — Oktober 12, 2006 @ 12:20 pm

  13. semua: sama-samalah kita menyumbangkan idea dan tenaga dalam menyelesaikan masalah ini

    laily abdullah: dahannya sudah patah

    Komen oleh Anas — Oktober 12, 2006 @ 4:35 pm

  14. mat rempit dan motosikal saling perlu memerlukan. tanpa motosikal maka siapalah mat rempit. maka haramkan sahajalah motosikal bersisi rendah di malaysia dan naikkan harga motosikal berkuasa tinggi dengan menaikkan lagi cukai motosikal berkuase tinggi. lantaran itu kerajaan memperoleh tambahan hasil dari cukai tersebut dan seterusnya mengatasi masalah mat rempit bak kata pepatah sambil berenang minum air. kerajaan semakin kaya, mat rempit merana…

    ini hanyalah idea gile saya yang terbit keluar dari otak selepas selesai bersahur n saje nak nyebok..hehe

    Komen oleh ila — Oktober 12, 2006 @ 5:53 pm

  15. apa yang pasti idea kamu lebih rasional dari idea putera Umno ini(atau wajarkah saya kata Putera azeez?)

    Komen oleh Anas — Oktober 14, 2006 @ 3:33 am

  16. setuju dgn pendapat anas..

    contoh longkang agak menarik..

    ahh.. mau saja saya menghentam, tapi akal mengatakan jangan.. hehe.. takpelah.. saya hentam dalam hati saja..

    Komen oleh sangkuriang — Oktober 18, 2006 @ 12:02 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: