Kisah itu

Oktober 14, 2006

Untuk seseorang

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 5:47 pm

Buat seseorang yang saya rasakan patut untuk ditegur. Maka saya tuliskan entri ini.
Tahukah kamu bahawa ramadan ini hampir saja meninggalkan saya,awak dan mereka? Sedarkah anda bahawa sesungguhnya anda tidak punya jaminan bahawa ramadan ini akan menjenguk anda buat tahun hadapan?
Jika anda sedar maka saya cukup bersyukur…

Maka saya tidak perlu risau akan mereka yang enggan untuk berterawih pada malam-malam terakhir ini. Apakah yang layak diburu selain dari kerahmatan dan keampunan Allah?
Apakah yang lebih berharga dari kebebasan daripada kebebasan api neraka? Anda penat dengan pelajaran? Anda tidak punya masa untuk dikorbankan kerana terawih ini sangat lama dan memenatkan? Jika begitu, kenapa anda masih sempat berbuka dengan penuh bersemangat dan makan dengan banyaknya? Anda lebih mementingkan perut anda? Saya sungguh pelik dengan manusia seperti ini. Mereka katakan mereka tidak punya masa untuk ibadah, tetapi punya masa untuk berbuka dengan mewah. Jika benar anda sibuk, maka makanlah sekadarnya dan pulanglah segera menyambung kembali kerja anda yang anda katakan banyak itu.

Anda sudah tentunya yakin akan keampunan Allah sedangkan apakah usaha anda dalam mendapatkannya. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Saya berpesan ini kepada diri saya dan juga anda. Manfaatkanlah baki-baki ramadan yang ada ini. Usahlah takut untuk berkorban.

Semoga ramadan kali ini tidak dikabui dengan ketakutan kita untuk berkorban.

Salam ramadan

14 Komen »

  1. adoi, terasa dowh..berusaha utk memperbaikit diri lepas ni. thank you sudeyh!😀

    Komen oleh Super_Duper_Yummy — Oktober 15, 2006 @ 1:27 am

  2. ada benarnya apa yang saudara Anas katakan itu..tapi mungkin juga orang2 itu balik dan berterawikh di rumah..dan mungkin juga mereka beribadat lebih dari apa yang kita dan orang lain buat..kita tak tahu..wallAllahualam..

    Komen oleh Anonymous — Oktober 15, 2006 @ 10:54 am

  3. eih?
    saya cuma katakan kepada yang enggan berterawih..bukannya balik dan berterawih di rumah..hehe..tapi kalau berjemaah juga lagi baik..saya pun ada kurangnya,dan saya tidak menafikan ibadat orang lain..cuma menegur sebelum ramadan ini tamat tanpa nampak hasilnya
    hehe

    Komen oleh Anas — Oktober 15, 2006 @ 11:02 am

  4. apa yg lebih afdal adelah berbuat ibadah secara berjemaah…walopun nabi hanya mengerjakan 8 raakat di masjid dan selebihnya di rumah…ape salahnyer kite mengikuti langkah yg nabi tunjukkan iaitu solat terawikh dkt surau ke masjid ke..tanyalah diri anda sendiri….di mana ade kemahuan di situ akan kite letak kehendak kite…waAllahualam..(peringatan utk diri sendiri juga)..

    Komen oleh Anonymous — Oktober 15, 2006 @ 11:08 am

  5. satu isi yang bagus
    terima kasih

    Komen oleh Anas — Oktober 15, 2006 @ 11:10 am

  6. saya juga bersetuju dgn komen2 yg diberikan..cuma ingin menambah satu lg perkara..saya rasa tidak semestinya org yang mengerjakan terawikh di rumah,tidak mengerjakan secara berjemaah (pengalaman diri sdr)..tp mungkin berterawikh bersama2 di masjid atau surau lebih afdal..saya pn tktau kerana ilmu masih cetek..

    Komen oleh Anonymous — Oktober 16, 2006 @ 3:47 am

  7. teguran untuk seseorang. bukan untuk ramai2 orang. wow, harap2 bukan aku le seseorang tu. walaupon teraweh kat rumah aku tetap terase..hehe. good stuff anas. entry2 yg pedas tapi mengingatkan ini harap2 dpt dikerapkn. selamat hari raya dan maaf zahir batin dari aku sekeluarga.

    Komen oleh solly — Oktober 16, 2006 @ 3:41 pm

  8. encik solly sudah berkeluarga
    hehe
    maaf zahir batin

    [‘seseorang’ merupakan teknik menulis,tidak ditujukan khas kepada sesiapa]

    Komen oleh Anas — Oktober 16, 2006 @ 5:56 pm

  9. kali ni ramai sungguh yang menjadi anonymous
    kenapa ya?

    Komen oleh Anas — Oktober 17, 2006 @ 4:08 am

  10. diorang segan kot nas!!
    ade lah alasan disebalik nick anonyomous..

    Komen oleh mohd azmir — Oktober 18, 2006 @ 4:52 am

  11. this is my first comment ever
    i really like this entry

    teruskan memberi peringatan kerana blog awak ada pembaca! =)

    Komen oleh hazirah — Oktober 19, 2006 @ 1:38 am

  12. this is my third comment ever..=)

    [51:55] : Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

    Komen oleh mizah — Oktober 21, 2006 @ 9:42 pm

  13. ada pembaca rupanya

    Komen oleh Anas — Oktober 22, 2006 @ 4:48 pm

  14. i loike terawikhs kat surau uni!! i loike! i loike! walaupun kadang kala me terpaksa buka puasa sowang sowang…dan menerima simpati dan layan istimewa dari “abang-abang” namun ku tetap gembira dgn terawikhs kat uni..isnt it weird terawikhs kat uni yg panjang2 tak ngantuk pon..tp kalau dlm lecture hall, 20 minutes jer dah menguap/kutuk lecturer dah..hahaha..tis case referring to me yar..kalau ader rezeki tahun depan buat lagi okeyh…akan ku dtg selagi dibenarkan utk menunaikan solat…..

    Komen oleh miss aleeya — Oktober 23, 2006 @ 5:13 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: