Kisah itu

November 3, 2006

Sai Ngegeh? (2)

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 1:47 am

Terkini,kenyataan Tun Dr Mahathir berkenaan tindakan menghalangnya mengadakan perjumpaan terbuka

Pautan terbaru tentang pengalaman Ketua Pemuda Umno PJ tentang masalah yang serupa.

[Entri asal]

Sudah lama rasanya saya membiarkan blog ini tidak bersentuh dengan tulisan saya sendiri. Entri terakhir saya adalah bukan daripada tulisan saya melainkan tajuk dan sedikit komen di bawahnya. Saya agak sibuk dengan komitmen kepada pelajaran buat masa ini. Setakat saya menulis blog ketika ini, tinggal satu kertas peperiksaan sahaja yang tinggal iaitu dinamik haba. Izin saya terangkan arah tuju entri kali ini supaya pembaca yang dihormati sekalian tidak berada di dalam kegelapan mencari ke mana saya cuba membawa kalian kali ini. Niat saya kali ini;

  • Menerangkan entri sebelumnya
  • Menonjolkan perbezaan antara pelakon politik dan pelakon bola sepak
  • Sedikit catatan hidup penulis
  • Menyuruh pembaca mencari sendiri apa yang saya tidak senaraikan selain dari yang di atas

Penerangan entri sebelumnya

Amaran! Tidak sesuai buat penyokong Tun Dr Mahathir

Buat sesiapa yang tidak menjenguk atau meneliti apa yang terkandung di dalam entri sebelum ini. Silalah rujuk sekarang.

Kandungan utama surat adalah menerangkan tentang sebab kenapa Tun Dr Mahathir mengkritik Perdana Menteri yang saya percaya ramai di antara kita yang sayangkan beliau. Secara ringkasnya bolehlah saya rumuskan bahawa inti kepada surat itu adalah Perdana Menteri kali ini tidak boleh ditegur dan jika ditegur maka si penegur perlu bersedia menerima sebarang kemungkinan. Surat ini dikeluarkan beberapa hari selepas pertemuan empat mata antara beliau dengan Perdana Menteri. Sejauh mana kebenaran surat ini ya?

Tunggu! Sebelum saya meneruskan penulisan kali ini saya harap para pembaca sekalian cuba lupa sebentar akan sejarah pemerintahan zaman Mahathir dahulu. Saya rayu dan jika anda tidak mahu kosongkan sebentar tentang memori zaman Mahathir dahulu maka saya rasakan anda tidak perlu membaca entri ini lagi.

Tun menyenaraikan bahawa sesiapa yang mengkritik atau menegur Perdana Menteri akan dikenakan tindakan. Tindakan itu boleh jadi dilucutkan jawatan, dipecat, ditukar ke kawasan lain dan bermacam-macam lagilah.
Apa bukti? Tunjuk saya bukti?

  • Pelucutan jawatan saudara Zaharin daripada UMNO oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.
    • Pelucutan jawatan ini mungkin sudah dijangka kerana saudara Zaharin ini memang lantang bersuara ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukai beliau. Pautan.
  • Ugutan untuk memecat Tun daripada UMNO.
    • Perkara ini baru dibincangkan dan hasilnya Tun tidak dipecat dari UMNO dan juga tidak dilucutkan jawatan daripada jawatan penasihat-penasihat yang dipegang beliau tatkala ini. Bak kata Perdana Menteri, Tun pasti tahu akan hadnya. Jadi saya rasakan mungkin ini strategi mereka untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan masih telus dengan kritikan yang diterima. Ataupun mereka gusar akan implikasi yang bakal diterima sekiranya Tun menerima tindakan pecat dan sebagainya. Harus diingat, Tun sudah pasti masak dengan lumrah dunia politik dan pastinya mempunyai strategi atau tindakan susulan beliau yang lain.
      Tentang hal pemecatan ini, saya turut keliru kerana, dalam perlembagaan UMNO sendiri.
    • Fasal 6: tanggungjawab dan hak ahli, saya kepilkan sedikit sahaja
      6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.
      6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.
      6.2 Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:

      6.2.1 Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.

    • Jadi saya tidak nampak apa relevannya di sebalik kokokan pak-pak menteri yang saya sudah sangsi akan kredibiliti mereka mendesak agar Tun disingkirkan dari UMNO dan dilucutkan jawatan dalam syarikat berkepentingan dalam kerajaan.

Tun juga ada menyebut di dalam surat terbuka itu bahawa perkhidmatan telefon mudah alih hendaklah didaftarkan supaya tindakan lanjutan boleh diambil ke atas SMS yang mengandungi provokasi atau apa-apa yang menggugat kerajaan. Masih ingat lagi kenapa kita harus daftar? Rujuk. Ada kalangan mereka yang tidak setuju akan mengatakan Tun ini sudah nyanyuk dan bercakap tidak di atas fakta kerana terang-terangan lagi akta itu dicipta untuk melindungi rakyat dari ugutan dan fitnah. Pendapat saya adalah jika anda anggap begitu, maka anda tidak harus menyalahkan ISA atas kekejaman yang ada atas kewujudannya. ISA juga diwujudkan atas alasan melindungi rakyat dan akhirnya akta ini lebih kepada melindungi cita-cita politik daripada melindungi keselamatan rakyat. Tidak mustahil undang-undang baru ini bakal dijadikan senjata baru bagi pihak yang berkenaan. Jadi saya rasakan isu pendaftaran perkhidmatan telefon mudahalih ini tidak boleh dijadikan peluru untuk menuduh Tun sudah nyanyuk atau apa apalah.

Selain itu, Tun turut menyatakan bahawa internet dan website akan diganggu secara elektronik. Benar, ini berlaku. Buktinya, tanyalah kepada forumer Mykmu.net dan kepada saudara Syed Imran tentang apa yang telah terjadi kepada laman mereka. Bagi saya, jika mereka menjadikan alasan bahawa tuduhan Tun tidak benar kerana masih ramai lagi blogger yang bebas maka saya tidak bersetuju kerana saya sendiri berasa gusar untuk menulis entri ini. Erti bebas pada saya adalah melakukan sesuatu tanpa ada perasaan risau dan gusar tentang kemungkinan untuk ditangkap atau sebagainya. Masih ingatkah akan gelaran penembak curi yang dilemparkan kepada blogger? Nasib baik kerajaan tidak ada undang-undang yang secara spesifiknya mampu menghalang secara total akan perkara ini. Hehe

Di dalam surat itu juga Tun ada menyebut tentang sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri daripada ‘konco-konconya’. Saya menganggap gelaran konco itu diberikan kerana tiadanya kredibiliti yang ditonjolkan oleh sang pengikut Perdana Menteri. “Saya menyokong Perdana Menteri kerana beliau adalah Perdana Menteri” begitulah slogan mereka yang secara membabi buta menyatakan sokongan kepada ketua mereka. Saya tidak berminat untuk ulas perkara ini kerana bidas-menbidas di antara pemimpin pergerakan pemuda UMNO sedang hangat di atas pentas surat menyurat. Pemuda Terengganu, Kedah, Kepala Batas(sudah dijangkakan,hehe) vs Pemuda Tampin dan Ipoh barat.

Bagi sesiapa yang secara sinisnya mengatakan bahawa perkara yang ditegur Tun ini adalah perkara yang sama seperti yang dilakukan ketika pemerintahan beliau, maka saya tidak salahkan anda mengatakan begitu tetapi saya akan menyalahkan anda sekiranya anda menjadikan ini alasan untuk tidak mahu mengambil endah akan fakta ini. Apa yang ditegur adalah untuk masa kini dan bukan untuk masa yang lalu. Perkara ini masih terjadi dan kesilapan yang lalu tidak sedikitpun menghalalkan kesilapan masa kini. Saya percaya, bekas penagih dadah yang mahu melaporkan di mana sarang penagihan tidak akan diabaikan laporannya sebaliknya sudah pasti lebih berguna kerana si bekas penagih dadah lebih arif tentang kehidupan lampaunya.

Saya rasa sudah cukup untuk saya ulas akan surat ini. Saya percaya ramai kalangan pembaca yang mual dengan mainan politik semasa dan marilah kita berehat dengan isu seterusnya.

Perbezaan antara pelakon politik dan pelakon bola sepak

Perkara ini timbul setelah saya menonton perlawanan sengit antara Chelsea dan Barcelona serta tangisan seorang ADUN pelabuhan klang. Bagi peminat bola sepak, anda pasti tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan ini. Bagi peminat politik tanah air anda pasti tidak tahan menahan air mata anda kerana terlalu lucu menyaksikan drama lakonan Datuk Zakaria ini. Sila lapangkan masa menonton sebentar ya,

Beliau sedih kerana ‘niat suci’ beliau mendirikan rumah ala istana itu disalahertikan oleh pihak media. Beliau sedih kerana salahkah beliau membina rumah demi kerana bilangan ahli keluarga yang ramai itu? Ramaikan 11 orang anak. Belum tambah cucu lagi tu. Saya terfikir tentang realiti kehidupan rakyat yang lain. Saya percaya, ramai lagi rakyat yang mempunyai lebih ramai orang anak dan lebih ramai lagi jika ditambah dengan cucu dan cicit jika dibandingkan dengan Datuk Zakaria ini. Bezanya, mereka tiada harta sebanyak RM 5 juta untuk membina rumah semewah itu. Jadi, kewajaran Datuk Zack ini menangis atas dasar bilangan keluarga yang besar adalah tertolak. Saya simpulkan sebagai begini, meraih simpati supaya dapat menutup kesalahan sendiri.

Menonton perlawanan bola pula, insiden seperti di bawah adalah mudah untuk dicari

Lucu dan kelakar bila memikirkan bahawa perkara begini terjadi di peringkat profesional dan lebih lucu lagi kerana perbuatan mereka ini berjaya dirakamkan dan ditelanjangkan di hadapan jutaan penonton di seluruh dunia. Namun begitu, pemain-pemain ini(pelakon bolasepak) masih gah berdiri di persada dunia bolasepak.

Sekarang soalan saya kepada anda ialah, apakah situasi ini bakal kita benarkan dalam dunia realiti kita iaitu politik? Mahukah kita dipimpin oleh mereka yang berlakon seolah-olah mewakili rakyat jelata. Mahu terburai perut saya apabila mendengar satu lagi penjelasan Datuk Zakaria kerana dia beralasan bahawa dengan terbinanya rumah itu maka ia bakal menjadi kenangan bahawa keluarga mereka pernah wujud di situ. Apakah signifikannya?(nada:retorik)

Ingin saya tonjolkan lagi lakonan politik yang lain? Nah,

Anda hakimi sendiri dengan meniliti arkib utusan Malaysia yang saya pautkan di sini.

Satu lagi perbezaan antara pelakon politik dan pelakon bolasepak yang saya ingin ketengahkan ialah berkenaan survival. Mengapa mereka berlakon? Jelas, pelakon bolasepak berlakon kerana kemenangan pasukan manakala lakonan politik adalah semata survival individu sahaja. Malah lakonan pelakon politik juga berkemungkinan untuk menjadi liabiliti kepada parti yang diwakilinya. Rakyat boleh menjadi mual dan benci lalu beralih kepada parti pembangkang yang lebih dilihat sebagai jujur buat masa ini.

Perbezaan seterusnya adalah dari segi sokongan. Penyokong bolasepak saya lihat sebagai lebih ikhlas dalam memberi sokongan kepada pasukan mereka. Ini kerana mereka tidak mendapat sebarang pulangan sama ada berbentuk material atau wang ringgit dari mereka yang disokong. Jika mereka menyatakan sokongan adalah kerana kualiti permainan dan nilai kepuasan yang dibawa oleh pasukan atau pemain tersebut. Dalam arena politik pula jauh bezanya. Sudah terang lagi bersuluh akan kesengalan dan kebatilan sesuatu perkara,lagi mahu disokong orang itu. Sudah pastilah mahu sokong kerana pulangannya sangatlah lumayan. Dapat pangkat,duit harta dan sebagainya bukan??

Apa kaitan saya ceritakan tentang Chelsea dan Barcelona tadi? Kerana saya lihat banyak lakonan dari kedua-dua pihak. Haih, hampa kerana gol penyamaan Drogba.

Catatan hidup penulis

Raya tahun ini banyak sungguh melawati rumah terbuka. Terima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak yang sudi menjemput saya ke rumah terbuka mereka. Makanan sungguh lazat dan enak. Namun saya masih tercari-cari akan lemang…

Rumah saya iaitu 301 Riccarton juga tidak ketinggalan dalam mengadakan rumah terbuka. Saya mewakili penghuni 301 memohon maaf andai ada di antara pengunjung rumah terbuka kami yang mendapati akan kekurangan makanan terutamanya ayam. Sungguh kami terleka dalam menaksir berapa orang yang bakal hadir hari itu. Saya berjaya membuat muffin,hehe. Terima kasih kepada saudari Neng yang sudi berkongsi resipi.

Saya baru dijangkiti penyakit perut yang sungguh menyeksakan. Alhamdulillah segalanya tampak semakin pulih buat masa ini. Saya terpaksa mengambil peperiksaan dalam keadaan mual dan loya. Bukan saya seorang sahaja, malah beberapa rakan yang lain turut mendapat masalah perut yang sama. Saya doakan kesejahteraan kita bersama.

Tiada yang terlalu menarik tentang hidup saya untuk ditulis untuk tatapan umum. Cukup sekadar sebaris dua sahaja.

Ada berita menarik yang saya ingin kongsi lagi. Berkenaan perlantikan Editor kumpulan baru untuk NST menggantikan Brendan Pereira. Dan saya anggap ini satu lagi kemenangan Tun terhadap Perdana Menteri

Panjang juga entri kali ini. Saya rasa cukup setakat ini sahaja. Mungkin kerana terlalu lama tidak menulis maka saya ceritakan segala-galanya pada hari ini. Ingin saya mohon maaf atas tulisan saya kali ini. Dengan kemaafaan tidak bermakna saya mengubah pendirian saya. Jika ada yang tidak setuju dengan buah fikiran saya, maka saya alu-alukan buah fikiran anda pula. Saya tidak wajib betul, tetapi saya harus untuk salah.

P.s: Sehingga sekarang maksud sai masih tidak diketahui. Penggunaan tajuk sekadar memberitahu khalayak bahawa entri ini ada kaitan dengan entri sebelumnya.

16 Komen »

  1. dari mane ek do dpt itu word ‘sai’?hmmmmmm

    Komen oleh hafizasharin — November 3, 2006 @ 9:35 am

  2. aku dah lama pendam nak tulis pasal datuk zack.. tapi kau dah tulis dulu.. huhu.. takpe, aku nak tulis jugak.. =p

    Komen oleh sangkuriang — November 3, 2006 @ 11:48 am

  3. Terima kasih kepada saudari Neng yang sudi berkongsi resipi —-> Tiada masalah… =D

    Komen oleh neng_fused — November 3, 2006 @ 7:02 pm

  4. Salam.

    Saya juga kecewa dengan keputusan pertemuan Chelsea – Barcelona. Tambah lagi apabila Man U tewas kepada Kobenhavn hari berikutnya.

    Analisis politik yang baik. Teruskan!

    Komen oleh Rebecca Ilham — November 3, 2006 @ 7:31 pm

  5. great one anas ! huhu .. first time comment neh … hope there’ll be more and more afrter dis ek ! gud job anyway !!

    Komen oleh nama — November 3, 2006 @ 10:25 pm

  6. tertarik dengan analogi bekas penagih dadah dan pesara politik..

    Komen oleh Assaif S.N — November 4, 2006 @ 3:59 am

  7. ape pendapat ngko pasal Tun VS PM? ape stand ngko dlm hal ni? adekah neutral observer saje?
    link to utusan archive tu mmg camtuh ke?
    aku semakin pening dgn hal politik negara…
    tapi aku mmg tak tahan nak gelak gak dgr menteri tu cakap pasal 11 anak sume tuh…hehe…adekah aku kejam?
    aku juga kecewa dgn keserian chelsea n barca, dan kekalahan MU kpd copenhagen
    selamat pulih dari kesakitan…

    Komen oleh Mr Syah — November 4, 2006 @ 5:18 am

  8. satu lagi…ape signifikan portion last entri tuh?yg pelantikan editor ke ape tuh…

    Komen oleh Mr Syah — November 4, 2006 @ 5:20 am

  9. “kesilapan yang lalu tidak sedikitpun menghalalkan kesilapan masa kini”.. pendapat yg sgt menarik..

    Komen oleh yana — November 4, 2006 @ 8:56 am

  10. sai drpd bahasa hokkien tak silap aku. aku pasti ko tahu sbenarnya maksudnya.

    Komen oleh . . . — November 4, 2006 @ 9:43 am

  11. anas, bersuaralah.. jawap segala persoalan yg dibangkitkan.. =p adakah anda memerlukan text ucapan seperi yang dilakukan oleh datuk zack? haha (no offense anas)

    Komen oleh sangkuriang — November 4, 2006 @ 12:21 pm

  12. Geli hati rasanya apabila terlihat siri lakonan manusia yg diangkat menjadi “wakil rakyat” yg seharusnya membela nasib rakyat, tetapi melatah tatkala tembelangnya terbongkar. Cukupkah dengan alasan konon2nya “rakyat akan kesunyian..” apabila “abang” berundur untuk menjadi penyanggah bahawa sebenarnya si “abang” masih relevan untuk mewakili suara rakyat? Semalam tersedu-sedu di muka tv bersuara yg anaknya ramai maka terpaksa membina mahligai kelas 5 bintang, tapi esok harinya berhujah lantang rakyat masih rapat dgnnya yg terkenal dgn panggilan sungguh manja; Abang Zack..

    Cukuplah, adegan2 seperti inilah dlm dunia politik yg memalitkan imej buruk – baik dprd si petah pemerintah mahupun si lantang membangkang. Siapapun kita; rakyat biasa, keturunan berdarjat hatta penjawat jawatan perdana, biarlah kita berbeda pandangan politik namun usah dijaja kredibiliti dan prinsip untuk menjadi pak turut tanpa asas yg kukuh.

    Moga2 “ulul amri” yg mewakili suara kita senantiasa diberi hidayah dan pentunjuk berguna, bukannnya dibayangi wang nilai berjuta utk tidur lena di kamar istana barunya!

    p/s: kalau dulu rumah kecik tapi ramai org datang mengadu masalah.. agak2nya org segan tak nk datang lagi bila tiba2 tgk yg rumah kecil dh bertukar jadi istana mewah?

    Komen oleh mush — November 5, 2006 @ 8:15 am

  13. waah… detail sungguh penganalisaan dia dalam dunia politik ni…
    mesti dier pernah amik kursus sains politik/sociology ni…

    🙂

    tp kiter nak tanyalah skitlah K?
    jgn marah kat kiter ya?..
    mmm.. betul ker itu gmbar en. Anas dlm profile???
    x salah sayer…bukankah itu gambar Khairy Jamaluddin
    pls click:

    http://www.malaysia-today.net/index.shtml

    sila lihat flash player di sebelah atas-kiri. Gambar tersebut keep changing..sila tunggu dan lihat seorang wajah lelaki yang bertulis THE KHAIRY CHRONICLE.

    kalau kiter salah..jangan marah tau.. kiter serkap jarang sahaja.

    -Mazween
    sekadar ingin tahu.

    -Mazween

    Komen oleh laugh — November 6, 2006 @ 4:22 am

  14. saudara Anas,

    IMHO, kedua-dua mereka mempunyai keburukan tersendiri (aku tidak mahu menyebut kebaikan disini).

    Walaubagaimanapun pada aku…keburukan TDM was at more “higher level” at his time.

    Badawi (AAB) pula berhadapan dengan masalah kuasa tersekat dan “checkmate”. Gerak-geri dan kuasa beliau terbatas dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya Kerana langkah beliau telah dapat dibaca oleh TDM dan orang ramai. In the other words, AAB tidak dapat menggunakan kuasanya 100 peratus untuk mengukuhkan kedudukannya sptmana TDM telah praktikkan semasa beliau berkuasa.

    AAB terpaksa menukar rentak yang dicipta sendiri untuk meraih simpati orang ramai. (atau sememangnya itu sahaja ia ada)

    Komen oleh elhakim — November 7, 2006 @ 2:21 am

  15. eh.. x jawab kat kita pun.

    Komen oleh laugh — November 7, 2006 @ 3:42 am

  16. baru ada keinginan untuk menjawab..

    hafizasharin, word sai itu saya dapat dari kak dayang/ abg hamdan

    mrsyah, saya menyebelah di mana saya rasa benar dan pihak itu adalah di belah Dr M
    tentan part akhir entri ini, keratan akhbar itu menunjukkan satu tuduhan Mahathir kepada Pak Lah mendapat perhatian iaitu tentang penguasaan Singapura dalam akhbar tempatan. Brendan Pareira dahulu adalah editor akhbar singapura yang gemar menghentam Malaysia tetapi bukankah janggal sekiranya beliau diterima di NST akhbar milik Malaysia? Jadi perletakan jawatan beliau saya sangat gembira

    elhakim, kata-kata kamu ada benar juga, tetapi buat masa ini saya tidak tertarik tentang sejauh mana kuasa Pak Lah tetapi saya mahu lihat bagaimana dia menggunakan kuasa yang sedia ada

    mazweein, aduhai…kecil hati saya disamakan dengan Khairy..Itu gambar saya yang telah diedit..

    Komen oleh Anas — November 30, 2006 @ 5:25 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: