Kisah itu

Jun 14, 2007

Entri ini khas untuk semua

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 1:24 pm


Tidak adil jika dahulu saya bersedih saya luahkan segalanya di dalam ruangan maya ini. Bila mana saya dihujani bahagia saya mendiamkan diri tanpa sebarang bicara. Itu tidak adil.Maka izin saya menjadi adil, bicara seketika, berbunyi taipan bahagia. Segala derita yang sudah lama saya simpan, saya tanam, saya hancurkan, saya bakar, saya padam, saya lenyek, semua sudah hancur berkecai dan pasti,pasti,pasti tidak sekali kali akan saya harapkan lagi. Menjadi bahagia itu sukar, jika hati berterusan memudahkan urusan derita. Meronta-ronta, teriak, jerit, laung, pekik kepada bahagia yang telah lama pergi. Biarkan bahagia lama itu pergi, kerana bahagia yang lama itu sudah tamat tempohnya bersama bekas pemiliknya. Bahagia yang itu sudah tamat tempoh dan luput, basi, busuk, dan harus pergi..Selamanya.

Saya kategorikan diri saya sebagai bahagia buat masa ini. Saya bahagia juga sebelum ini. Cuma ‘kamu’ membuatkan saya berani,tegar,tegas dan beragas untuk memaklumkan semua ini. ‘Kamu’ penyebab entri ini, pencetus entri ini, penjana jemari ini, menari gembira untuk semua….

Sekian, coretan sebuah rasa, bersulam kata-kata, dikongsi buat semua

4 Komen »

  1. ceh.. mcm tak khas utk semua je broh! – BJ

    Komen oleh Anonymous — Jun 16, 2007 @ 1:14 am

  2. berbaur paksaan. kahkah

    Komen oleh Anonymous — Jun 21, 2007 @ 1:10 am

  3. izwan said, weh anas.. apsal ko jiwang sgt skrg ni? kat sana ko ade ambik kelas malay A1 ke..?

    Komen oleh izwan & haly — Julai 11, 2007 @ 9:49 am

  4. aku tak rasa tuk semua org…hahahaha…

    Komen oleh enah latif — Disember 4, 2007 @ 2:19 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: