Kisah itu

Januari 5, 2008

Singgah di rumah

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 10:16 am

Helang yang cemerlang

Baru baru ini saya singgah di rumah. Rumah yang saya maksudkan adalah Malaysia. Malaysia tanah air tercinta.

Persinggahan saya bukan kosong, tidak pula satu, tidak pula dua, tetapi tidak terkira banyaknya pengalaman, kenangan, penangan, tawa, tangis, dan kepelbagaian jenis emosi yang lain.

Baiklah, mula cerita dengan pengalaman ketika program selama dua minggu di negeri sembilan (ataupun negeri tiga kali tiga). Program terbahagi kepada dua iaitu ‘Helang yang cemerlang’ dan satu lagi program keluarga angkat. Kedua-dua program mempunyai kelebihan masing-masing. Untuk program yang pertama, saya belajar menjadi helang yang cemerlang dan program yang kedua saya mendapat keluarga angkat. Oh, saya cuma berseloroh. Sebenarnya apa yang saya peroleh daripada kedua-dua program lebih bermakna daripada namanya. Sepertimana bermaknanya rasa pedas daripada nama asam pedas itu sendiri dan dinginnya rasa angin daripada nama kipas angin itu sendiri.

Program pertama banyak mengajar dan mengejutkan diri ini yang masih dalam keadaan separa tidur. Ditambah dengan kehadiran fasilitator yang hebat dan dilengkapi dengan pengalaman tersendiri, program ini memang mempunyai makna yang tersendiri dalam hidup penulis. Saya sedar yang jarang benar saya fikirkan tentang permasalahan diri, khususnya dari segi mentaliti dan kendiri. Selain pengisian program, peserta yang mengisi program turut menyentuh sanubari ini. Berjumpa teman-teman lama membuatkan hati ini gembira memikirkan persahabatan yang masih bertaut walau terpisah sementara. Sejauh mana pun kita berada, jika hati masih menaruh pertemuan, maka bertemu jua jika diizinkanNya. Oh, bukan sekadar kawan lama, malah kawan-kawan baru juga sentiasa diraikan gembira. [ayat-ayat habis skema]

Untuk program keluarga angkat pula, saya menerima satu keluarga angkat dan lebih manis lagi sebuah kampung angkat untuk dirindui. Oh, banyak benar perkara yang saya rindukan ketika ini, keluarga sebenar, si dia, keluarga angkat, rakan-rakan seperjuangan, kucing-kucing, sekolah lama, guru-guru, dan kampung halaman tercinta. Saya terharu dan kagum dengan layanan yang diberikan oleh penduduk yang rata-ratanya berketurunan jawa di Kampung Pachitan (sebut betul betul, Pachitan, pastikan bunyi chi itu cukup jawa ya. Sekali lagi, PaCHItan). Kami disambut dengan paluan kompang seolah-olah kami adalah orang kenamaan. Orang kampung Pachitan memang sempoi. Itu sahaja yang dapat saya ceritakan kerana perkataan sempoi bagi saya sudah cukup untuk menggambarkan;
1. Layanan yang tidak ada sebarang unsur perkauman kepada orang yang bukan berketurunan jawa(seperti saya)
2. Makanan yang sedap-sedap dan lazat. Bukankah saya peminat tempe?
3. Sopan santun yang masih segar di kalangan penduduknya
4. Dan sebagainya

Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan, kami dilepaskan pulang dengan tangisan yang dalam benar maknanya bagi kami. Tangisan itu bermakna kami mendapat tempat di hati mereka, dan mereka juga mendapat tempat di hati saya. Jika diizin Tuhan, maka kita bakal bertemu lagi ya!

[kelemahan program yang pertama adalah saya tidak dapat berubah menjadi manusia kembali, saya menjadi helang yang cemerlang untuk selamanya..sobs]

Pulang seketika juga merupakan peluang untuk saya mendapatkan berita-berita sensasi secara terus melalui televisyen, surat khabar dan radio. Melalui inilah saya melepaskan rindu mendengar ucapan daripada Perdana Menteri yang cukup bertenaga dan menaikkan semangat saya untuk tidak menyukainya.Haha..

Saya agak duka kerana tidak sempat pulang ke Pekan Bandar Diraja dek kerana banjir yang melanda. Alhamdulillah, rumah saya tidak dinaiki air cumanya, saya tiadalah dapat pulang disebabkan paras air di jalan Pekan-Kuantan yang tidak mengizinkan segala jenis kenderaan kecuali bot, sampan, jet-ski, dan scuba diver untuk merentasinya. Saya tidak menyesal tidak dapat pulang kerana ini semua adalah kehendak Tuhan. Saya merancang, tuhan yang menentukannya. Mudah-mudahan bencana alam seperti ini(yang terburuk bagi Pahang dalam tempoh 30 tahun) tidak akan berulang lagi.

Tahun baru 2008, saya tiada azam baru, cuma saya mahu yang terbaik untuk semua. Doakan agar kita semua bisa menempuh hari-hari yang mendatang dalam tahun baru ini dengan sabar dan tabah.

P.s:
1.Entri kali ini sungguh bersikap peribadi daripada busy body. Maka, usahlah menjadi gusar sekiranya entri kali ini membuatkan kalian lebih kenal dengan saya.

2.Satu slogan untuk dikongsi, Kampung Pachitan, “Jeneng Nge Pelik tapi Menarik”

3. Bila saya menjadi helang, saya maksudkan helang jadian seperti di bawah ini


Helang cemerlang gemilang terbilang

3. Bila mana saya katakan rindu, ia bukan sesuatu yang kosong, tetapi berisi dengan pengharapan untuk bertemu kembali. Maka usah gusar, saya akan kembali…Saya rindu mahu mengemaskini blog ini juga!

Selamat Tahun Baru 2008 dan 1429H !

5 Komen »

  1. bro, dlm gmbr 2 mn satu ko? yg boyak ckit 2 ek?

    -penyantap subway-

    Komen oleh Anonymous — Januari 9, 2008 @ 10:46 am

  2. aku takde dalam gamba daa

    Komen oleh Anas — Januari 9, 2008 @ 11:21 pm

  3. salam,
    selamat tahun baru bro.
    aku rase azam tahun baru aku is to never eat at midvalley’s foodcourt ever again. hehe.

    take care, anas!

    Komen oleh sol — Januari 16, 2008 @ 11:13 am

  4. hoho boleh jadi azam baru aku gak tu..hehe.. lupe lak nak komen pasal tu..lenkali hehe

    Komen oleh Anas — Januari 17, 2008 @ 3:31 am

  5. what a great blog with such berkobar-kobar entries
    keep it up ;D

    p/s: saya orang asing. sekian~

    Komen oleh .cookie suria m. — Februari 3, 2008 @ 6:32 pm


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: