Kisah itu

Januari 14, 2008

Buat aku termasam

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 6:39 am
Tiada kaitan

Bertemu kembali dalam tempoh beberapa hari. Jarang benar saya mengemaskini blog ini dua kali dalam tempoh sebulan. Kenapakah begini?

  • Saya mempunyai lebih masa( lebih masa tak bermakna saya ada 25/26 ataupun +24 jam sehari. Cumanya, lebih banyak masa saya sediakan untuk laman saya ini)
  • Motivasi untuk menulis telah kembali (semasa bekerja, kadang-kadang tumpuan saya teralih untuk menulis dalam bahasa melayu, maka inilah hasilnya)
  • Banyak isu atau idea yang bermain di fikiran
  • Kerajinan melebihi kemalasan
  • Beria-ria untuk berkongsi ( benar-benar teruja seolah-olah saya tahu segalanya. Usah bimbang saya hanya bercerita tanpa mempedulikan reaksi kalian. Saya hanya buat-buat tahu sahaja)
  • Salah satu aspek seorang helang yang cemerlang ialah rajin mengemaskini laman blog. Benar, sindrom helang yang cemerlang masih menghantui diri saya. (Saya menggunakan perkataan seorang helang bukannya seekor helang kerana saya merujuk helang itu kepada diri saya yang masih seorang manusia cuma mempunyai karakter yang sama dengan seekor helang yang cemerlang. Mohon maaf kepada aktivis bahasa yang ada di luar sana)

Baik, kita terus kepada apa yang ingin ditulis

Kita mulakan dengan sesi politik, baik yang sudah basi, sedang hangat, atau pun relevan sepanjang zaman.

Cerita politik mungkin boleh menjadi basi, bagi mereka yang tidak peduli. Bagi saya ia tidak pernah basi. Kerana politik bagi saya adalah satu keperluan. Bila mana saya rasa perlu, maka cerita politik yang lama-lama saya ungkit kembali atau imbas kembali sebagai rujukan di saat memerlukan. Bilakah saat memerlukan itu? Bila mahu mengundi, bila mahu bertanding, bila mahu menulis/mengulas, bila bila kiranya diriku perlu, Hari yang murung terdengar nada yang riang ria~~ .

Jadi apakah cerita yang menarik untuk dipamer kali ini?
Cerita mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang dipanggil sebagai salah seorang saksi dalam kes video lucah, eh silap video tidak lucah V.K Lingam. (asyik teringat lucah sahaja bila mana kes ini ada kaitan dengan Anwar). Ada apa dengan video Lingam ini? Apakah yang tersirat di sebalik semua ini? Saya rasa, lebih baik kita tunggu saja keputusan hakim nanti. Saya meramalkan begini,
1.Bilamana pihak yang menuduh tewas dalam kes ini, pastinya yang dicela adalah sistem perundangan yang ada sekarang. Tidak jujur, tidak adil, tidak bebas, dan paling hebat kata-kata yang akan digunakan adalah konspirasi peringkat tertinggi! Wah wah wah, dengarnya bukan main hebat ya..
2. Bilamana yang menuduh menang, maka yang dicanangkan adalah saya di pihak yang benar. Sukar benar mahu mengaku kita di pihak yang salah..

Isu video lucah Chua Soi Lek memang meremangkan bulu-bulu di badan saya(usah fikir terlalu spesifik ya). Isu CSL ini boleh dilihat dari pelbagai sudut. Baik dari sudut cakah, refleks mahu pun sepakan sudut. Pertama, dari sudut moraliti. Ini saya tidak mahu ulas kerana bagi saya moral itu ditentukan oleh komuniti/kaum/adat/agama. Sudut kedua, saya melihat pendedahan video ini tidak lebih dari mainan politik semata. Saya percaya pada teori ini, kebanyakan politikus di luar sana pasti ada kelemahan. Baik kelemahan dari segi wanita, harta, keluarga, atau pun pegangan. Kesemua kelemahan ini akan didedahkan dan dibogelkan oleh satu satu pihak untuk kepentingan mereka. Bak kata orang putih(saya bukan orang putih walaupun berkulit putih sedikit,hehe),’skeleton in the closet‘. Dari sudut sepakan sudut pula, saya melihat pengakuan sendiri CSL bahawa dialah lelaki itu menjadi contoh menukar halangan kepada peluang(turning obstacle into opportunity). Apabila CSL membuat pengakuan begitu, saya secara peribadi merasa kagum pula dengan perwatakan bekas menteri itu. Bukan senang mahu mengaku beraksi dalam video porno. Lebih-lebih lagi anda berhadapan dengan kehilangan jawatan, status dan teman-teman. [sepakan sudut adalah satu peluang untuk menjaringkan gol]

Isu yang terhangat sudah pasti isu pilihan raya. Saya ada perasaan yang gusar bercampur gembira. Tetapi saya akui, perasaan gusar itu lebih kuat menerjah berbanding perasaan gembira. Bimbang bukan kerana apa, bimbang kerana salah memilih. Memilih adalah membuat keputusan. Dan keputusan bersandarkan rasional. Bimbang jika pilihan yang dibuat menjadikan keadaan sedia ada menjadi teruk atau lebih teruk. Gembira pula kerana sekurang-kurangnya dapat menghantar mesej kepada sesiapa yang sedang berkuasa.

Amaran! Saya tidak akan undi anda yang korup

Saya geram! Geram kerana satu demi satu helah yang dibuat kepada rakyat. Ya benar, memang Malaysia ke 6 terbaik dalam ranking itu, tetapi dari kategori apa?. Bingung saya memikirkan bagaimana media utama diperalatkan demi pihak-pihak yang tertentu..
Bandingkan pautan ini. [pautan 1] vs [pautan 2]vs [pautan 3]
Ranking Malaysia sebenarnya jatuh..

Makin dicerita tentang politik makin geram dibuatnya..Baiklah kita berpindah pada isu yang lain pula.

Isu yang kedua ialah isu saya. Saya secara tidak sengaja terbeli buku karangan John Perkins, yang bertajuk, Pengakuan Seorang Pembunuh Ekonomi. Ya, buku ini agak lama(3,4 tahun lepas diterbitkan), tetapi apa yang saya peroleh adalah sesuatu yang baru. Saya serba sedikit memahami kitaran ekonomi dunia yang sebenar-benarnya berlaku ketika ini. Isu IMF, Bank Dunia, eksploitasi bahan mentah, pemimpin yang korup digarap dengan berani dan lantang oleh penulis kelahiran Amerika ini. Buku ini mencetuskan keinginan untuk membaca buku tulisan beliau yang lain(Sejarah rahsia empayar Amerika) sehinggalah saya bertemu tulisan beliau yang lebih kurang begini maksudnya,

“Malaysia menerima tawaran (IMF,pada mulanya), ketiak eh ketika mengalami kejatuhan ekonomi(1997), kemudian menolak IMF dan kembali pulih”

Menarik..memang menarik… Saya ditarik oleh perkataan ‘acquiesced’ yang digunakan penulis. Hmm,siapakah yang pernah menerima tawaran IMF itu? Anda carilah jawapannya..

Penulis dalam erti kata lain menerangkan bahawa IMF, bank dunia adalah merupakan senjata Amerika menjajah ekonomi negara-negara yang berurusan dengannya. Anda mahu tahu lagi, silalah baca sendiri. (Perpustakaan Canterbury ada buku-buku ni, taip je Perkins dan anda carilah sendiri)

Saya rasa cukup dahulu setakat ini. Saya sudah penat menulis. Saya juga penat dengan isu semasa yang menunjukkan dunia ini makin tenat. Tenat dengan sebilangan orang yang gilakan kuasa, yang tidak peduli akan keamanan, dan hak asasi manusia yang lain.

P.s:
1.Sebenarnya saya mula menulis entri ini pada 14/1/2008. Oleh kerana sukar memberi tumpuan maka entri ini berlanjutan dalam proses penulisannya selama 3 minggu. Maka abaikan sahaja tulisan penulis di awal-awal entri kerana ia tidak relevan. Penulis sekadar mahu memanjang dan melebarkan entri kali ini. Penulis tidak menipu, tetapi sekadar berhelah.
2. Lagu yang dilampirkan kali ini adalah lagu kumpulan Opshop(band NZ ni,hehe). Khusus untuk mereka yang dalam hubungan jarak jauh , termasuklah saya..sobs..
3. Tajuk entri buat aku termasam sekadar memberi rasa geli. Kalau tak geli takpela… sekadar memberi ingatan kepada entri terdahulu yang bertajuk ‘buat aku tersenyum‘..

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: