Kisah itu

Mac 2, 2008

Lupakan tajuk, fokus pada…

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 11:16 am
Melihat kesenangan dari kaca mata yang berdarah

Seringkali dalam kehidupan, kita hilang arah, kita hilang punca, kita hilang fokus. Mudahnya, dalam satu fasa-fasa kehidupan, ada ketikanya, kita tersasar jauh dari tujuan asal. Alasannya pelbagai, lupa, malas, letih, tiada motivasi, putus asa, gagal, atau serik, atau lebih teruk lagi, tiada teknik untuk sampai ke sasaran.

Contoh mudah, jika kita seorang pelajar, matlamat kita adalah belajar, dan belajar itu sendiri ada matlamatnya. Matlamat kita belajar adalah untuk menambah ilmu sejajar dengan tuntutan agama. Tatkala kita menjalani kehidupan sebagai pelajar, kita mengharungi kesukaran dan halangan yang menjadikan matlamat kita kabur. Mudah kata, jika kita diuji dengan kegagalan dan kesempitan waktu, kita tertarik untuk mengambil jalan mudah. Meniru laporan, kerja rumah, dan juga meniru di dalam dewan peperiksaan. Dengan melakukan tindakan-tindakan yang mengurangkan kualiti pembelajaran, maka kita sedikit demi sedikit sasar dari……….

(saya berhenti setakat ini kerana saya sudah lari dari matlamat saya, sebenarnya saya mahu bercerita tentang isu semasa, bukan soal niat ataupun matlamat..hahaha)

Maaf kepada mereka yang benar-benar memberikan fokus kepada dua perenggan pertama tadi. Sebenarnya saya tidak tahu apa lagi yang mahu ditulis tentang matlamat dan tujuan.

Saya menggunakan tajuk entri seperti di atas kerana tertarik dengan kata-kata kapten pasukan Liverpool.[pautan]. Beliau membicarakan bahawa Liverpool seharusnya melupakan sahaja tajuk, tetapi fokus pada tempat keempat. Kenapa keempat? Kerana matlamat itu sahaja yang realistik buat masa ini. Mahu mengidam kejuaraan Liga Perdana Inggeris sudah pasti menjadikan pengidamnya kecewa. Kita tidak cukup bagus, begitulah luahan Jamie Carragher. Bagaimana reaksi saya sebagai penyokong Liverpool? Adakah saya bersetuju atau adakah saya mahu terus mengharapkan kejuaraan kali ini?
Jawapan saya: sudah pasti tidak, kerana saya tahu mereka tidak cukup bagus untuk memenanginya musim ini. Tahun hadapan? Mengapa tidak?(jawapan yang sungguh mencerminkan saya seorang yang optimis)

Bersangkut paut dengan cerita Liverpool ini, saya akan menarik anda, pembaca sekalian kepada fenomena pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi. Perkara menarik yang mahu dikaitkan adalah berkenaan dengan apakah harapan pihak-pihak yang bertanding dalam pilihanraya kali ini. Adakah apa yang dimanifestasikan sejajar dengan kehendak rakyat? Atau lebih mudah lagi adakah apa yang dimanifestasikan sesuai dengan faktor-faktor semasa? Banyak benar janji-janji yang ditaburkan dari kedua-dua pihak tetapi malangnya, janji-janji yang ditaburkan kedua-dua pihak tidaklah mampu menarik minat saya untuk menyokong mana-mana pihak. Saya tidak menyokong bukan kerana saya sombong. Tidak, cuma saya kurang jelas dan yakin dengan kemampuan mereka untuk menunaikan janji-janji itu. Maka, saya rela tidak menyokong dari merasa tertipu dan dipergunakan. Antara janji-janji mereka

Saya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada pemenang pilihanraya kali ini untuk mengubah segala-galanya dalam sekelip mata. Saya tidak percaya yang generasi kepimpinan sekarang mampu untuk mengalahkan rasuah, kronisme yang melanda negara ini. Saya menganggarkan generasi-generasi yang lebih muda untuk mengambil alih tampuk pemerintahan sekaligus memperbaiki segala keburukan yang ada. Maka sebagai generasi baru, saya bercita-cita mahu merubah segalanya, tetapi tidak seorang diri,saya berharap rakan-rakan di luar sana turut sama membina sebuah generasi yang lebih matang dan bertamadun…

Saya tidak berapa teruja dengan berita-berita yang keluar kerana kebanyakannya dijadikan sensasi, bukan kerana fitrah berita itu sendiri. Berita yang fitrahnya sensasi adalah seperti di bawah:
1.Penyokong pembangkang masuk BN.hehe [pautan 1]. Penyokong PKR tapi masuk BN? Masuk BN sahaja tapi masih sokong PKR. Sensasi gila
2. Perang [pautan 2]. Bila la dunia nak aman. Bila PM la ni sudah tak memerintah kot..
3. Punca tekanan adalah testosterone. [pautan 3]. Apekehe?
4. PM Bangladesh kepanasan [pautan]
5. Biodiesel tidak baik untuk alam sekitar. [pautan]

Berita yang disensasikan
1.Ganjaran kepada imam. [pautan 4]
2.Pas kepanasan. [pautan 5]
3. Penduduk kedah jadi jutawan kerana UMNO. [pautan 6]
4. Parti pembangkang kena cermin diri.haha. saya ketawa bukan kerana berita tetapi ketawa kepada dia yang bercakap.. [pautan 7]
5. Pas benarkan calon mengumpat![pautan8]

Saya menghabiskan sebuah lagi buku karangan John Perkins, dan apa yang beliau simpulkan adalah menarik. Beliau menulis bahawa syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Shell, ExxonMobil dan Toyota sebagai punca utama kepada ketidakseimbangan ekonomi dunia. Walaubagaimanapun beliau tidak menutup sebarang peluang kepada syarikat-syarikat ini untuk menjadi penawar kepada penyakit ekonomi ini. Beliau percaya, masalah ini lebih mudah dirawat jika syarikat-syarikat ini bekerjasama untuk merawat masalah ciptaan mereka. Kerana itulah syarikat-syarikat gergasi dunia mula memberi perhatian kepada masalah alam sekitar, alternatif kepada minyak konvensional, krisis dunia dan sebagainya. (they are the problem, but they are part of the solution)


Membaca buku tulisan beliau juga membuatkan saya terfikir akan kesenangan sebilangan manusia dengan harga kesengsaraan sejumlah manusia yang lain. Bagi siapa siapa yang pernah menonton filem Blood Diamond, anda pasti faham akan kata-kata saya. Berlian yang dijual atas kemahuan(bukan keperluan) sebilangan manusia mengakibatkan peperangan yang berlanjutan. Lebih menyedihkan, kita dibutakan dari melihat isu ini. Kita bukanlah bodoh, tetapi jahil kerana tidak pernah diberitahu akan perihal yang sebenar. Selain itu, pakaian, kasut , topi dan apa-apa yang kita banggakan memakainya sebenarnya adalah simbol kesusahan manusia yang lain. Sudah pasti anda mendengar tentang sweatshop. Kilang yang menawarkan gaji yang sangat rendah. Serendah $2 dolar sehari. Maka, saya berperasaan malu mahu memakai kasut jenama Nike yang sudah dibeli tahun lepas. Juga peralatan komputer yang murah…
Ketahuilah yang sebilangan kesenangan yang kita kecapi hari ini, di sebaliknya adalah atas kesusahan manusia yang lain. Maka, sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki kepincangan atau lebih gempak lagi kebobrokan dunia masa kini.

Itu sahaja.
Sekian

P.s:
1. Jika apa yang saya bicarakan adalah samar-samar sahaja, maafkan saya kerana saya menulis dalam keadaan tergesa-gesa
2. Kepada yang bakal mengundi. Undi dengan bijak. Pilihlah CALON yang anda rasakan mampu menjadi yang terbaik untuk anda.
3. Semalam hari lahir saya. Maaf, anda terlambat mahu mengucapkan happy burfday kepada saya. hahahahahahahhhahaa
4. Jika saya silap, maka memang lumrah manusia melakukan kesilapan.
5. Politik bukan gelanggang menabur janji, sebaliknya memberi budi.
6. Lupakan parti, fokus pada….Calonnya

2 Komen »

  1. anas.. biodiesel x elok unt environment? seriously? nti bile free, gtau nape yer

    Komen oleh ira — Mac 4, 2008 @ 9:28 am

  2. hm…sy difahamkan bhw anda tidak begitu yakin dengan jnji kedua2 bleha pihak…aiyak!!tukar style..xmampu..well anas, dr zmn skolah awk ni blh la dikatakan berpengaruh n slalu wat org lain berfikir..so, ble awk kt xyakin ngan kedua2 pihak tuh, does sat mean u r not gona choose any of em?hm..tggungjawab tu mmg btol..tp sejauh mane kite mampu jd bertgungjwb neh?kdg2, takut..risau..kalo2 kite xpilih yg sepatutnye..niway, sy mengundi wat kali pertama ari tuh..hahaha..dah lyk memilih wupenye..

    Komen oleh stu_comot — Mac 13, 2008 @ 5:48 am


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: