Kisah itu

Julai 19, 2008

Imbas dan kupas

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 7:28 am

Kira kira sepuluh tahun yang lalu kita masing-masing digemparkan dengan isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri berurutan daripada tuduhan salah guna kuasa dan juga liwat. Sekali lagi umum dikejutkan dengan pendedahan dan skandal yang sama membabitkan individu yang sama, tetapi pada kadar waktu yang berbeza. Bagi khalayak, sudah pasti kes kes sebegini menjadi sesuatu yang tidak enak untuk didengar. Dilihat dari sudut mana sekalipun, perbuatan meliwat adalah terkutuk dan dilaknat, khususnya dari segi agama.

Pelbagai andaian dapat difikirkan daripada peristiwa ini. Ada yang percaya. Ada yang tidak. Ada yang marah. Ada yang tidak. Ada yang peduli. Ada yang tidak. Hanya yang pasti, semua mendengar dan mengikuti pokok perbincangan ini. Liwat atau tidak?

Bersandarkan soalan yang diajukan, maka ia akan bercambah kepada soalan-soalan kecil yang lain. Jawapannya hanya dua, sama ada ya atau pun tidak. Walaubagaimanapun, persoalan ini bukan kecil, dan tertuduh bukanlah org yang ‘kecil’ di mata rakyat Malaysia. Orang inilah yang pada satu masa dahulu mempunyai imej yang sangat cemerlang di kalangan pemimpin pemimpin UMNO suatu ketika dahulu. Imej baik itu tidak terbatas pada pentas politik, malah berkembang mekar dari segala sudut dan gelaran warak, islamik, dan seangkatan dengannya seolah olah menjadi kata sifat yang wajib untuk beliau. Oleh kerana inilah apabila tuduhan meliwat dilemparkan, ia seolah olah melanggar hukum alam. Sebagaimana merasa masin ketika disuap gula, orang yang cacat sahaja begitu.

Reaksi rakyat ketika era reformasi sekitar 1998 cukup untuk menceritakan betapa rakyat tidak mempercayai tuduhan kepada beliau. Jika ingatan penulis tidak menipu, pelajar-pelajar juga aktif dalam membela beliau. Rakan saya membawa tag yang menyokong reformasi dan dipamerkan pada rakan-rakan yang lain. Malahan, Perdana Menteri ketika itu diletakkan sebagai seorang antagonis yang merancang konspirasi yang sangat tersusun. Hal inilah yang menyebabkan kekuasaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum pada tahun 1999 sedikit tercalar. UMNO khususnya, mengalami krisis pengurangan ahli dek kerana wujudnya satu parti baru, yang bernama Parti Keadilan Nasional

Tidaklah semua rakyat berpendirian sedemikian. Ada yang berpendirian menunggu keputusan mahkamah, dan ada juga yang terus berkata setuju dan menyokong tindakan pihak pendakwa raya. Walaubagaimanapun, impak golongan sebegini tidak begitu dirasai melainkan akan dihumban dan dikategorikan sebagai bersubahat dalam memfitnah. Oleh kerana itu, tidak ada yang tampil membuat gerakan seumpama reformasi, bagi menggesa pemimpin tidak bermoral ini turun dan dikenakan hukuman serta merta.

Saya dapat bayangkan lagi keadaan reformasi ketika itu. Di mana mana sahaja isu ini menjadi bualan dan perdebatan. Waktu itu, pengaruh internet tidak ketara sebagaimana sekarang. Cuma ada beberapa laman yang lahir dengan tujuan mempertahankan pihak-pihak yang terkesan dengan isu ini.

Tulisan saya ini sekadar catatan yang tiadalah saya zahirkan pandangan peribadi mahupun kecenderungan saya mempertahankan mana-mana pihak. Kematangan khalayak, khususnya pada zaman serba canggih yang membolehkan maklumat diperoleh di hujung jari, amatlah dihormati dan disanjungi. Isu ini menjadi rumit sekiranya kita dikabui dengan kecenderungan fanatik dan membuta tuli, bias dan penuh kebencian. Tidak kiralah kepada pihak yang menuduh atau tertuduh.

Kepincangan politik di Malaysia wajar disembuhkan segera. Rakyat mana yang selesa jika pihak yang memerintah tidak mempedulikan mereka?. Jika ibu ayah sibuk bertengkar, maka anak-anak terabai dan boleh jadi terganggu emosi mereka sehingga akan meletusnya pertelingkahan yang lebih besar. Tuduh menuduh, berbalas debat, tidak akan pernah melegakan rakyat melainkan peluang untuk sebilangan pihak yang gilakan kuasa mendapat tempat yang lebih kukuh dan tinggi.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: