Kisah itu

September 9, 2008

Istimewa

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 4:15 am
Hari ini saya berkeliaran di perpustakaan kejuruteraan dengan niat mengulangkaji makro ekonomi. Mata saya tertarik pada muka depan surat khabar yang ada berkaitan dengan ekonomi. Sesuatu yang dahulunya saya berminat untuk melabur, iaitu industri perumahan atau estet tulen/sebenar. Kejatuhan harga rumah yang dapat dilihat di rata-rata kawasan New Zealand menjadi petanda bahawa tiada industri yang selamat dan tanpa sebarang risiko. Namun, ini bukan cerita yang ingin saya ketengahkan. Sebaliknya yang ingin saya ketengahkan adalah seperti di tengah. Eh, seperti di bawah.

Bersama-sama cerita seperti di atas, ada satu ruangan yang menceritakan perihal anak yang tidak berayah sehingga hampir 55 tahun beranggapan ayahnya itu sudah tiada di dunia. Bukan sahaja begitu, apabila ayahnya diketahui masih hidup, dikatakan pula bahawa ayahnya itu tidak mahu mengambil tahu akan anaknya itu. Sedangkan yang sebenarnya, si ayah benar-benar mencari dan merindui anak lelakinya itu. Dengan izin saya petik beberapa keratan berita itu di dalam bahasa Inggeris kerana saya malas mahu terjemahkannya. Anda baca sendiri kemudian ceritakan kepada saudara mara anda ya.

For 30 years, he believed his father was dead trampled by a horse, he was told.

Then, he found out his father was alive but he was told not to go looking for him because his dad did not want to know him.

The truth was, that for all of the 55 years of Roger Southgate-Croy’s life, his English father, Norman, was searching for his boy.

Finally, on Wednesday, Roger Southgate-Croy will fly from Christchurch to Wickford, in Essex, England, to meet his dad.

“He never stopped looking. He never, ever stopped looking,” Roger Southgate-Croy said of his father, Norman Southgate.

“This morning on Facebook he was saying he can’t sleep at night because he’s getting so excited about meeting me.”

Southgate-Croy arrived in New Zealand with his mother in 1959. His name was changed by deed poll a change that was vital for Norman Southgate as he searched for his son for more than half a century….baca seterusnya,ikut pautan——–> [pautan]

Hati perut saya yang kecil kerana berpuasa ini terdetik bahawa ada sesetengah kita yang ada ibu dan bapa tetapi tidak pernah menghargai mereka. Harap-harap anda,dia,mereka,keluarga mereka dan saya tidak tergolong dalam golongan ini. Maka saya berharap agar kita sama-sama menghargai ibu dan bapa kita.


Abu Huraira reported that a person said: Allah’s Messenger, who amongst the people is most deserving of my good treatment? He said: Your mother, again your mother, again your mother, then your father, then your nearest relatives according to the order (of nearness).

Bulan ramadan dan kesabaran adalah umpama entiti yang lengkap melengkapi antara satu sama lain. Jika tidak sabar menahan lapar, maka kita akan berbuka puasa. Jika tidak ‘tahan’ melihat isteri, maka kita akan membatalkan puasa. Jika tidak dapat bersabar dari berkata belakang, marah-marah atau sebagainya, maka kita hanya akan sekadar mendapat lapar dan dahaga. Maka, siapa-siapa yang diuji pada bulan ini, banyakkan bersabar. Sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar…

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: