Kisah itu

September 11, 2008

Terkejut!

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 12:07 pm
Saya mahu berkongsi sesuatu yang mengejutkan saya. Saya terkejut kerana PM terkejut. Secara jujur saya lebih terkejut dengan peristiwa yang dianggap perkauman baru-baru ini. Peristiwa di mana seorang ahli UMNO digantung keahlian selama 3 tahun [pautan]. Saya melihat 3 tahun itu sebagai sesuatu yang mengejutkan saya. Sudah digembar gemburkan oleh pakatan rakyat bahawa mereka akan mengambil alih kerajaan pada 16 September ini, maka jika ia benar saya rasa 3 tahun itu tidak mendatangkan apa-apa kesan. Boleh jadi UMNO ketika itu sudah pupus dek kerana kehilangan ahli secara beramai-ramai tanda protes . Saya enggan ulas lagi kerana saya bukannya baik sangat, dan saya tidak beranggapan saya 100% tidak perkauman. Cuma, saya berani jamin kepada anda saya ada 100% sifat toleransi. Toleransi perkauman lebih realistik bagi saya berbanding integrasi perkauman.

PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui pada 2010.

Perdana Menteri menegaskan, tarikh peralihan itu bukan sahaja dipersetujui oleh Kabinet tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) UMNO.[pautan]

Saya kongsikan video yang menunjukkan betapa terkejutnya PM kerana kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang mahukan peralihan kuasa lebih awal daripada yang dirangkakan. Saya terkejut kerana PM terkejut. Tidakkah beliau tahu di atmosfera maya ini, sudah begitu ramai yang menyuarakan ketidakpuashatian terhadap kepimpinan beliau. Ini jelas kelihatan dengan bercambahnya bilangan laman blog yang tegas mengkritik dan menyuarakan kenyataan yang tidak selari dengan pucuk pimpinan tertinggi.

Secara jujur lagi, saya lebih terkejut dengan jawapan dari PM. Seolah-olah begitu marah. Saksikan sendiri.

Saya juga ingin berkongsi video Barack Obama, calon Presiden Republikan yang saya lebih teruja dalam menjelaskan isu meletakkan gincu pada babi. Saya percaya jika perkataan babi digunakan di Malaysia, maka isu perkauman akan dibangkitkan. Kita boleh dituduh perkauman, tetapi kita tidak boleh menuduh orang lain perkauman, hanya kerana mereka menuduh kita dahulu. Semakin kita bicara soal perkauman, semakin kita bicara mahu menyatukan semua bangsa sebagai bangsa Malaysia, semakin kita jauh darinya. Pernah terfikir kenapa?

Sampai di sini sahaja. Saya tertunggu-tunggu 16 September ini. Saya mahu anda buktikan yang saya salah. Eh, mungkin pada 20 Septembar? Pulak dahh..

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: