Kisah itu

April 30, 2006

Antara sehala dua hala dan lebih dari dua hala

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 4:39 am


Apakah yang cuba saya perkatakan dengan tajuk ini?? Apekehe??
Sebenarnya hanya ingin berkongsi satu cerita di mana cerita ini hanya rekaan semata-mata.

“Tersebutlah kisah seorang anak kecil yang hidupnya sibuk dengan alam permainan dan hiburan kanak-kanak. Anak kecil ini tidak pernah mengenali si bapanya. Namun si bapa tidak pernah melupakan si anak kecil ini. Setiap hari diberinya anak kecil ini makan dengan cara meninggalkan hidangan di luar pintu. Ada kalanya si bapa akan mengirimkan hadiah kepada si anak. Tidak pernah sekalipun si bapa ini terlupa untuk memberikan makanan kepada anak kesayangannya itu. Si anak tidak peduli siapakah yang menghantarkan segala makanan dan hadiah kepadanya selama ini. Apa yang dia tahu,dia cuma perlu makan untuk terus hidup. Terus bermain dan bermain. Sehinggalah suatu hari si bapa sudah mati, tiada siapa lagilah yang datang memberikan makanan kepadanya. Maka, bertanyalah si anak kecil itu sendirian di dalam hatinya;’mengapakah tiada lagi makanan untukku?, adakah yang memberi makanan itu sudah lupa kepadaku? atau adakah dia sudah tidak mempedulikanku?…..si anak tadi terus tertanya sehinggalah dia bertanya kembali kepada dirinya sendiri, ‘siapakah yang selalu memberi makan kepadaku? adakah pernah aku risaukan siapakah dia? adakah aku pernah mencuba mengenalinya? menyesallah anak ini kerana tidak pernahh mengambil tahu akan si pemberi makan yakni bapanya. Maka kerana terlalu sesal, si anak mati kebuluran akibat tiadanya makanan bercampur pula dengan kekecewaan sendiri…..

mungkin cerita ini tidak dapat diterima kerana dikabui oleh masalah logik.
1.kenapakah si bapa tidak berjumpa anaknya sendiri?
2.kenapakah si anak dapat hidup sendirian?
3.kenapakah s anak harus mati?
4.dan berbagai bagai lagi ketidakpuashatian yang bakal dilemparkan oleh pembaca yang membaca cerita ini..

Maka ini jawapan dari saya;
Sesungguhnya cerita ini hanyalah rekaan semata mata. Tiada yang harus diterima bulat bulat dari cerita ini. Kerana sesungguhnya saya ingin menyampaikan mesej yang saya rasakan agak penting dan kena dengan kita semua. Yang saya rasa persoalan di sebalik mesej ini lebih mengundang kepada mainan persoalan persoalan yang jawapannya ada pada diri kita sendiri. Mungkin cerita ini pelik tetapi adalah satu kepelikan yang lebih lagi apabila menulis tentang realiti kehidupan manusia masakini.
Sebenarnya apa yang cuba saya ingin sampaikan adalah cinta kepada tuhan. Selama ini kita sering berkata dan bercerita tentang cinta tuhan yang tidak pernah lupus dan pupus. Namun demikian, ramai yang masih tertanya tanya kepada diri mereka sendiri mengapakah mereka rasakan seperti tidak dicintai Allah…Sesungguhnya jawapannya ada pada diri kita sendiri.. Penahkah kita tonjolkan kecintaan kita kepada Allah? Sudahkah kita mempamerkan kecintaan kita kepada Allah? atau yang paling penting sekali, pernahkah kita cuba untuk mencintai Allah? Amat malang bagi sesiapa yang tidak pernah cuba untuk mencintai tuhan mereka sendiri.Tuhan yang menjaga. Tuhan yang memberi rezeki. Tuhan yan memberi segala nikmat. Nikmat anggota badan. Nikmat udara yang segar. Dan berjuta malah bilionan malah lebih dari itu nikmat tuhan itu.
Sebenarnya cinta itu adalah satu sistem yang memerlukan dua entiti atau secara mudahnya dua hala. Kita tidak akan merasakan cinta andai kita tidak menyintai dan dicintai. Tuhan sentiasa mencintai hamba hambanya yang mengharapkan redhanya. Seperti yang kita baca di dalam surah al fatihah ; Allah itu ar-Rahman dan ar-Rahim… Maka rebutlah peluang ini dengan mencintai Ilahi….

Sebenarnya cerita yang saya tuliskan pada awalnya tidaklah terlalu pelik jika dibandingkan dengan realiti seorang hamba yang tidak pernah cuba mencintai tuhannya. Inilah realiti dan realiti inilah merupakan satu kejanggalan dan kepelikan yang wajar diubah. Kita tidak mahu ditertawakan syaitan yang senantiasa mahukan kesesatan kepada anak anak adam…
Adalah tulisan saya pada entri ini hanyalah untuk mengajak kalian cinta kepada tuhan. Kerana cinta itu adalah satu sistem dua hala,malah mungkin lebih dari dua hala..sama samalah kita fikirkan…

“Iman itu bukan angan-angan,jua bukan perhiasan, tapi apa yang diakui dengan hati dan dibenarkan dengan amal” hadis nabi saw

Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika engkau cintakan Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi

-petikan lagu Cintailah Ilahi

1 Komen »

  1. sistem dua hala… 🙂 tp mengapa “atau lebih” ?

    Komen oleh Rosh — Mei 1, 2006 @ 2:22 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada Rosh Batal balasan

Blog di WordPress.com.