Kisah itu

Ogos 16, 2006

Terpukul dek situasi

Filed under: Uncategorized — anassaudi @ 11:55 am

Setelah lama bergelumang dengan kesedihan yang dicipta sendiri. Terpukul diri sendiri dek situasi yang menuntut satu perubahan. Bermula dengan sekilas bacaan dari hamka, suatu seruan perubahan mengalir dalam aliran darah ini. Seruan ini pernah muncul satu ketika dahulu, namun semakin malap dek mainan perasaan yang tidak berpenghujung. Masalah yang lebih utama dari masalah emosi mengambil alih prioriti tatkala ini. Mungkin kilasan ini bermusim atau menurut pepatah melayu ‘hangat hangat tahi ayam sahaja’ tapi moga moga Allah menjauhkan diri dari kesilapan yang lalu. Terima kasih kepada sahabat sahabat yang ada di sisi selama ini. Memberi motivasi bagi menguatkan diri. Jasa kalian tetap dikenang sampai bila bila. Selamat tinggal kepada penderitaan yang dicipta sendiri. Tiada guna berharap pada manusia. Berharaplah pada tuhan. Hanya Dia yang mengerti segalanya. Moga moga dengan penulisan kembali dalam blog ini mengembalikan kekuatan diri yang hilang selama ini. Bagi saya, menulis umpama satu motivasi buat diri sendiri. Menulis merupakan pancaran dari fikiran. Saya mahu tulisan tulisan dalam blog ini memancarkan fikiran yang matang, bernas dan tidak individualistik. Moga-moga penulisan selepas ini lebih bermakna berbanding dengan tulisan yang melukis segala kesedihan yang manfaatnya tiada apa.
Bagi yang pernah mengunjungi blog ini sebelum ini, maaf sekiranya penulisan dan nukilan dalam entri terdahulu membazirkan waktu kalian untuk membacanya. Ingin saya tegaskan bahawa blog ini adalah blog peribadi, dan apa yang diceritakan dalam blog ini adalah bersandar pada rasional saya sendiri. Baru baru ini saya tidak rasional dalam pelbagai perkara. Dan kerana itu, maafkanlah…..

2 Komen »

  1. أنت مع من أحببتkamu adalah sentiasa bersama dengan siapa yang kamu sayang!

    Komen oleh awan_biru — Ogos 17, 2006 @ 10:33 am

  2. anas da terjaga dr tidur? move on eyh.. i wan my fren back.. yg gelak cm ben, n suke senyum ttibe
    -ira-

    Komen oleh Anonymous — Ogos 17, 2006 @ 11:21 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan komen

Create a free website or blog at WordPress.com.